Februari 05, 2011

TIADA RAKYAT MALAYSIA SETOLOL MAHFUZ OMAR





ADA PEMBANGKANG BERNIAT JAHAT TERHADAP RAKYAT MALAYSIA DILUAR NEGARA

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar mencabar PM Najib menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak yang sedang ditolak oleh rakyat negara, Bagaimana pun kata Mahfuz PM Najib mengambil sikap berkecuali.

" Kita menuntut samada Najib mempertahankan Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya" Katanya lagi" Kita kecewa hingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak" desak ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada harakahdaily.


CATATAN PINGGIR

Pertama, semalam jumaat petang 4/2/11 Pakatan Pembangkang bersama NGO pro Pas dan PKR telah berduyun  berdemonstrasi menhantar bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat mendesak negara itu jangan campur tangan krisis rakyat Mesir dengan Presidennya Hosni Mubarak.

Kedua, dalam masa sama Parti pembangkang membuat pendekatan campur tangan krisis tersebut supaya Mubarak meletakan Jawatan. Tidak berakhir dengan tindakan mereka itu maka mendesak kerajaan PM najib menyatakan pendirian mengikut rentak mereka. Negara lain tidak diberi campur, Malaysia yang kerdil ini  disuruh campur. Double standard.

Ketiga, mereka kecewa tidak tentu hala bila PM Najib tidak mengambil berat desakan mereka. Tidak ada faedah langsung kepada Malaysia campur tangan urusan negara orang atas sebab manusabab yang tidak terkait langsung dengan negara ini. Mengapa membuang masa, kerana itu adalah masalah dalaman negara itu sendiri.

Keempat,  Rakyat harus faham secara mendalam niat pakatan itu mendesak PM Najib supaya campur tangan hal ehwal Mesir. Mereka ada niat Jahat terhadap kerajaan, negara dan rakyat Malaysia diMesir yang sedang diusahakan untuk diselamat dan dibawa pulang.

Dengar sini baik-baik.  Sekarang usaha tungkus lumus  kerajaan supaya tidak seorang pun rakyat Malaysia yang tertinggal. Segala kos dan apa sahaja kerajaan pejam mata janji rakyat selamat. Keadaan begitu sensitive seperti mengeluarkan rambut dalam tepung. Jika ada salah satu diantara dua pihak itu tidak puas hati terhadap Malaysia, habis lumat rakyat Malaysia  dicincangnya. Maka kerja-kerja membawa pulang itu memakan masa satu minggu hingga Ahad hadapan.

Suasana semakin tegang antara puak penentang Presiden dengan puka penyokong Presiden bergelut bukan lagi setakat membaling batu dan botol malah sudah sampai keperingkat kekuatan senjata. Maka ketika inilah parti pembangkang Malaysia mengada-ngada menunjuk jaguh dikampung sendiri kononnya mendesak itu dan ini. Demo sana demo sini.

Mereka ini ada niat jahat supaya ramai rakyat Malaysia disembelih di Mesir itu, kemudian mereka juga akan dakwa wah ... lihat kerajaan BN gagal, hingga ramai yang mati. Molekkah hati mereka ini tuan-tuan dan puan sekelian.  Saya ulang... molekkah niat mereka yang tersembunyi itu ?. Adakahkah mereka fikir suasana amat sensitive diMesir sekarang sedangkan rakyat kita dibawa keluar baru bermula?.

Itu sebab, Kerajaan mengajak rakyat Malaysia sembahyang hajat agar selamat semua anak-anak kita pulang ketanah air !.  Tetapi bila kerajaan menyeru sembahyang hajat dilakukan pada hari yang sama mereka meragam dengan demonrtrasi jalanan mereka. Bukankah itu satu pengkhianatan ?. 

Walhal kerajaan berazam selamatkan nyawa rakyat tidak pilih bulu. Sebahagian besar adalah anak-anak orang Pas dan PKR  terperangkap disana. Itulah tujuannya mendesak PN Najib supaya membuat kenyataan supaya pilih salah satu dan mereka kecewa PM Najib dapat membaca fikiran mereka.

Jadi kawan-kawan kalau nak tulis lambat.  Sebarlah risalah ini mana yang sempat agar rakyat tahu niat buruk Pakatan pembangkang yang durjana itu terhadap anak-anak Malaysia diperantauan itu. Biar ibu bapa dan saudara mereka tahu semuanya. Sesungguhnya saya tiada upaya lebih dari ini.

Salam.


4 ulasan:

  1. menarik pandangan dari blog bro .. tolong link blog saya sejarahmelayu.blogspot.com

    BalasPadam
  2. si tolol mahfuz fikir DS Najib sama tolol dengan dia, sebab tu dia cabar DS najib.
    harap PM dapat kasi pingat tolol sama mahfusss..

    BalasPadam
  3. Malaysia ambil sikap berkecuali dalam isu Mesir

    BalasPadam
  4. DS Najib tidak setolol Mamfuz. DS Najib mahu selamatkan rakyat Msia dulu. Bukan melalak sepanjang jalan yg tidak memberi apa2 kebaikan pun. Masalah rakyat Msia di Mesir tidak akan selesai dgn berdemo di sepanjang jalan dan sepanjang hari. Jika sitolol yg memerintah mamfuzlah kita...

    BalasPadam