Beberapa hari lepas blog Gerakan Anti PKR (GAP) meminta rakan blogger memberikan pandangan ikhlas tentang trend pengudi kaum China yang statik apakah puncanya, apakah penyelesaiannya dan apakah MCA perlu lakukan. Oleh kerana sibuk kita berfokus keMesir maka agak tergendala bagi saya memberikan sedikit pandangan tentang persoalan tersebut.
Entri kali ini saya ketengahkan puncanya kerana mengelak terlalu panjang berjela akhirnya terlena dihadapan komputer kah..kah..kah.. Kita kena faham bahawa pembaca blog ini golongan mana. Jika kita tidak ambil pusing alamat tulis sendiri dan baca sendiri kah..kah..kah..
Kaum China tidak terlalu bergantung kepada parti-parti politik dalam menentukan survival mereka. Sebaliknya sesuatu parti politik itu hanya dipakai untuk mencapai hasrat mereka perjuangkan. Jika gagal mereka akan mengubah haluan pada parti lain ketika PRU.
Terdapat tiga buah parti politik yang jelas untuk perjuangan kaum China. MCA, Gerakan dan DAP. PKR dan Parti baru KITA itu hanyalah satu pelarian politik sahaja. Bagaimana pun mereka gunakan sebagai medium manggamit undi melayu dan India pada waktu PRU/PRK. Tempat tiada helang belalang boleh dijadikan helang kah..kah..kah..
MCA dan Gerakan adalah gabungan BN. DAP adalah komponen Pakatan. Ketiga-tiga parti ini tidak dominan. Ketiga-tiga itu adalah 'kosmatik' kepada politik semokrasi masyarakat China diMalaysia yang mesti ada. Atau hanya sebagai orang suruhan kepada tunggak tertentu yang dinyatakan selepas ini.
Wah !.. begitu rupanya ?. Ya..ya.. begitu jadinya. Bagaimana boleh jadi begitu ?. Sebelum itu diterangkan dahulu jatuh bangun tiga parti politik itu tampa dapat dikawal oleh kepimpinan organisasi parti politik itu sendiri. Kesemua parti-parti politik itu cuba medapat kemenangan sehabis upaya kerana maruah mereka . Tetapi sedarlah bahawa itu bukan kuasa mereka. Jika tiga tunggak memihak kepada mereka suatu yang sangat bernasib baik. Parti yang mendapat restu itu boleh yumseng tujuh hari tujuh malam kah..kah..kah..
Samasa PRU atau PRK sekuat mana pun MCA ,Gerakan atau DAP berkerja, Jika tiga struktur penting kaum China tidak memihak maka sokongan kaum China tidak berubah. Ia boleh jadi BN atau Pakatan. Dalam PRK Sinario agak berbeza . Biasanya samada mereka menggambarkan 50-50 atau BN dimenangkan untuk menutupi muslihat umum. Jika sesuatu kawasan PRK itu kedudukan undi BN lemah dikawasan Melayu dan India, maka BN akan kalah, begitulah sebaliknya.
Bolehkah MCA, Gerakan atau DAP memberi jaminan bahawa siapa yang akan menang dalam satu-satu PRU atau PRK dimana-mana peti undi China majoriti?. Jawapannya tidak. Saya ulangi tidak. Kadang-kala seperti diPRK Tenang, seolah-olah mereka dapat mesej awal kedudukan 50-50 kepada DAP dan MCA sendiri. Jadi tidak perlu bagi mereka kerja keras lagi. DAP, MCA dan Gerakan masing-masing main wayang. Sebenarnya bukan mereka menentukannya. Ada 'meja bulat' lain yang menentukan keputusan akhir.
Siapakah mereka hingga begitu dominan?. Ok.. Ada tiga tunggak utama yang menentukan arus perdana politik orang China diMalaysia. Ini disahkan oleh Dr. Mohd Rehuan Tee yang memaknakan sebagai tiga rukun.
Pertama adalah golongan yang mempertahakan pendidikan China yang terdiri dari 1300 SRJK, 60 buah Sekolah Menengah Persendidrian China diMalaysia. Perjuangan terhadap menegakkan sekolah ini sama sensitifnya dengan perjuangan orang melayu terhadap agama Islam. China = Sekolah China VS Melayu = Islam. Suhu akan cepat naik jika tersentuh antara sekolah dan agama ini.
Kedua, Terdapat 8000 Hatuan atau persatuan-persatuan China diseluruh negara. Hatuan ini merangkumi persatuan rumah Ibadat, Puak (clen) dan bahasa, Dewan perniagaan dan perdagangan China, Pendidikan dan persatuan politik salah satu dari 8000 persatuan sahaja. Bemakna MCA adalah organisasi Politik per 8000 persatuan diMalaysia. Begitu juga DAP dan Gerakan.
Didalam persatuan itu yang paling pengaruh adalah persatuan bahasa dan pendidikan. Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong. Sekitar tahun 70an dan 80an, Chinese Chambers of Commerce adalah tunggak utama kepada Persatuan-persatuan itu. Tetapi perubahan tetap berlaku, bila masyarakat China telah ramai yang kaya raya persatuan itu beransur kurang relevan disebabkan banyak faktor. Namun demikian ia masih luas juga pengaruhnya masakini.
Ketiga, adalah kesatuan penerbit akhbar China melibatkan 6 diSemenanjung, 8 diSabah dan Serawak (Borneo). Akhbar China adalah akhbar yang terbanyak dicatak diMalaysia dan laris. Mereka tidak membaca akhbar bahasa melayu, paling tinggi golongan terpelajar akan membaca The Star.
Jelas bukan?. MCA, Gerakan dan DAP hayalah salah satu dari 8000 persatuan diMalaysia. Mereka itu dikawal oleh tiga tunggak utama tadi. Jika tiga tunggak tadi kata DAP maka majoriti pengundi China akan membolong kepada DAP disaat akhir. Namun demikian , tidak semua dapat diubah kerana mereka mempunyai fikiran, dan berbagai-bagai rasional dan faktor lagi.
Jadi sekarang kita sudah jelas bukan?. Adakah kita wajar menuntut supaya MCA dan Gerakan berbuat sesuatu terhadap masyrakat China menyokong BN ?. Tentu kita rasa tolol selama ini setelah kita tahu MCA dan Gerakan dalam keadaan tiada upaya kerana nasib mereka ditentukan oleh orang lain. TITIK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan