Februari 05, 2011

ORANG CINA MESTI BACA – PAS, PKR BIADAP PADA MASYARAKAT CHINA





Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang membidas Pakatan Pembangkang terdiri dari Pas dan PKR mengadakan demonstrasi membantah campur tangan Amerika diMesir semalam sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Masyarakat China Malaysia.

Tindakan Pas dan PKR itu menghalang anggota kerajaan khususnya anggota keselamatan kerana dipanggil bertugas pada hari cuti umum perayaan Tahun Baru China. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama khususnya masyarakat China mengadakan ziarah saudara mara pada hari pertama dan kedua termasuk menghadiri rumah terbuka dianjurkan terggangu berjam-jam dijalanan dengan adanya demonstrasi itu.

Tan Keng Liang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan mengapa PKR dan Pas memilih hari kedua tahun baru China untuk mengadakan demonstrasi katanya kepada FreeMalaysianisider semalam Jan4, 2011.


CATATAN PINGGIR

Sekarang masyarakat China sudah mula perasan bahawa Pas dan PKR sebenarnya memang tidak menghormati masyarakat China agar hari perayaan itu dapat diraikan dengan aman, tenteran dan bebas kesana sini tampa gangguan.

Mereka itu adalah sekutu DAP yang kurang prihatin dan sensitif  terhadap kaum lain sebalik jika hal-hal yang mendatangkan faedah ( sokongan undi) kepada mereka, mereka sanggup sujud, sembah kepada apa jua kaum dinegara ini.  Bagaimana pun orang yang tidak ikhlas segala tindak-tanduk mereka sering silap langkah. Mereka tidak lupa, bahawa sehari dua Tahun Baru China, tetapi oleh kerana rasa hormat itu tidak ada dalam hati mereka, maka segala-galanya dilangkah tampa pantang larang.

Mereka akan buat bukan sahaja kepada kaum China, Melayu, India dan Lain-lain. Bagi Orang Melayu hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari mulia dan hari amal ibadat. Maka pada hari jumaatlah mereka suka mengadakan demonstrasi kerana mengambil kesempatan untuk memulakan perarakan dari masjid.

Pas dan PKR sekarang sangat bergantung nyawa dengan pengundi masyarakat China dalam pilihan raya  akan datang. Berdasarkan PRK Hulu Selangor dan Tenang mereka disumbang oleh undi masyarakat China yang lebih besar dari undi Melayu. Maka jika mereka tidak menghormati perayaan, adat istiadat serta pantang larang orang China apakah masih masyarakat China menerimanya?.

DAP sepatutnya menasihatkan rakan Pakatan mereka, tetapi oleh kerana mereka juga sepakat dalam hal-hal begini maka sikap hipokrit DAP kepada kaum China itu menjadi sama sahaja. Mereka adalah kelompok masyarakat dualam yang boleh merupa sepanjang masa.

Bagi  Pas dan PKR itu, tidak wujud dalam hati kecil mereka sebenarnya. Masyarakat China itu hanyalah sebagai alat mencapai tujuan mereka sahaja. Ingatlah jika orang yang nampak baik bersungguh luar biasa seperti tidak cukup waktu dalam mengadakan hubungan itu mereka mahu menutup niat masing-masing dalam berkawan. Jika orang-orang yang ikhlas, ia lebih bersifat serdahana dan berfikir jangka panjang. Itu satu realiti dalam kehidupan manusia.

Belum begitu lewat bagi masyarakat China menyedari siapakah sebenarnya mereka. Maka hebahkanlah agar ia menjiwai masyarakat China supaya jangan terburu-buru menerima kebaikan mereka kerana mereka hadir bukan dari golongan yang ikhlas dan jujur. Percayalah, Jika bangsanya sendiri mereka tolak apalagi kaum China, India dan lain-lain. Habis madu sepah dibuang.

Gong xi fa chai..



1 ulasan:

  1. Salam perjuangan,

    Blog yang menarik.Mohon untuk linkan blog saya kuchingitam.blogspot untuk memperkukuhkan lagi perjuangan di dunia maya.

    BalasPadam