Februari 04, 2011

SEDIH –SEDIH !!! PAS KIAN BANGKRAP SOKONGAN MELAYU - ISLAM




KUALA LUMPUR 31 Jan. - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan tidak mungkin bagi Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia. 
Pada satu forum minggu lalu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, keadaan demografi Malaysia menyukarkan bagi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

''Terdapat 60 peratus orang Islam dan 40 peratus bukan Islam. Malah, kita sendiri tidak memiliki 60 peratus sokongan daripada masyarakat Islam," katanya menjawab satu soalan daripada peserta forum berkenaan.

Ref: FreeMalaysiatoday

KUALA LUMPUR, 2 Feb:  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera".

Ref: Harakahdaily . dicilup dari blog popular laksamana bentan.


CATATAN PINGGIR

Menyedari kelemahan ketara Pas tidak lagi mendapat sokongan melayu maka Parti itu sibuk mengejar sokongan kaum China pula ini berdasarkan pengalaman sokongan terhadap mereka di PRK Galas dan Tenang.

Nada DS Haji Abdul Hadi Awang hampir sama dengan nada yang diucapkan oleh PM Najib. Seiras. Pihak yang pro Hadi lebih senada dengan UMNO dan puak yang  pro Tok Guru Nik Aziz lebih pro  DS Anwar dan Lim Kit Siang.

DS Haji Abdul Hadi sependapat dengan golongan muda sebagaimana suara Dr.Mujahid Yusuf Rawa bahawa Pas mesti berjuang atas dasar reality berpijak diatas bumi nyata. Tidak segan silu lagi Dr.DZulkefly Ahmad Ahli Parlimen (Pas) Kuala Selangor menyedarkan puak Nik Aziz supaya rasional dalam menentukan hala tuju perjuangan parti itu wajar selari dengan lanskap demograpi negara.

Sokongan terhadap  Tok Guru Nik Aziz makin mengecut menjurus kepada Kelantan sahaja kebelakangan ini. Sokongan  Tok Guru disekitar puak erdogan dalam Pas juga mengecil.  Ramai puak-puak pro Hadi terdiri dari ulama Pas yang rasional dan golongan berilmu.

Dengan itu banyak media sosial pro Tok Guru memperkecilkan DS Haji Hadi kerana dianggap liability kepada Pas alasannya  'amanat Hadi' dan buku Hijau Pas zaman Hadi memerintah Terengganu dikatakan makan tuan sekarang ini hingga setiap kali pilihanraya BN menghidupkan isu lama itu dan termakan oleh rakyat .

Baedasarkan beberapa PRK, puak yang menyokong DS Haji Hadi tidak begitu komited untuk membantu kerana ia didominasi oleh puak Tok Guru sahaja. Hanya gerombolan Tok Guru yang selesa bergerak sama dengan  DS Anwar dan DAP, Boleh dikatakan mereka hanya hadir untuk menunjukkan batang hidung, tidak sebagaimana gerombolan Nik Aziz yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir.

Dimedia jelas gambaran ini tidak boleh disembunyikan lagi. Contohnya, apabila selesai sahaja PRK Tenang barulah terdengar suara Nasaruddin, Timbalan Presiden Pas memberi komen bahawa kekalahan Pas kerana banjir dan hujan.

Secara ringkas dapat dikatakan bahawa didalam Pas sekali pandang tidak bergolak tetapi dipandangan umum tidak boleh ditipu ada sesuatu yang tidak kena mengenai pendekatan mencapai matlamat.



2 ulasan:

  1. Kuasa Hj Hadi telah diperkecilkan ekoran kekalahan Trengganu kepada UMNO dalam PRU12 walaupun waktu itu tsunami berlaku..

    Kata Nik ajis pada Hadi..'Hang jangan banyak songeh , negeri hang perintah pun kalah..mu tengok klate yang ambo perintah dah 25 tahun dah..la ni mu denga kecek ambo pulok..

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Pas tak boleh bergerak ke hadapan lagi tanpa bantuan DAP.

    Pas sememangnya tidak mempunyaimatlamat yang jelas.

    Kekuatan mereka selama ini hanya menggukan retorik agama sedangkan pelaksanaannya adalah kosong.

    Rakyat menolak mereka kerana sudah tidak relevan lagi dengan aspirasi Rakyat Malaysia masakini.

    p/s: http://daulah-alwatan.blogspot.com

    BalasPadam