Februari 03, 2011

11,300 RAKYAT MALAYSIA NYAWA DIHUJUNG HIDUNG AKAN DISELAMATKAN DALAM TEMPUH 4 HARI.



Berita Jam 8.00 melapurkan dari khabar dari Mesir, 180 ATM  telah digerakkan sebagai skuad penyelamat rakyat Malaysia diMesir. Tiga buah pesawat TUDM masih lagi diAbu Dhabi kerana masalah cuaca dan jarak pandangan yang terlalu dekat.

20,000 rakyat Malaysia akan dibawa keluar dari Mesir ke Jedah memakan masa 4 hingga 5 hari. Tiga pesawat udara TUDM akan mengangkut lebih 700 orang bagi satu trip dari Cairo ke Jeddah. Mas dan Air Asia juga dikerah membantu angkutan.

Dari 11,300 rakyat Malaysia itu,  adalah pelajar.  Setiausaha politik PM,  Datuk Sahlan sedang bergerak ke Iskandariah dimana bandar itu terdapat 1600 pelajar juga menghadapi dalam ketakutan dan diuruskan untuk pulang keMalaysia.

PM Najib mengucapkan setinggi-tinggi Penghargaan kepada Raja Abdullah dan Putera Mahkota Arab Saudi kerana membenarkan ruang udara dan logistik Tabung Haji diJeddah sebagai pusat Transit rakyat Malaysia sebelum dibawa pulang keMalaysia.

500 orang pertama telah sampai keJeddah, mereka tidak mengalami masalah kerana tempat pengginapan disediakan makan minum dengan baik. 8 orang pelajar telah sampai keMalaysia sebagai pembawa berita pertama.Mereka bersyukur terlepas dan selamat dinegara sendiri.

PM Najib meneri email dari berbagai pihak kerana bertindak pantas san smart dalam menghadapi keselamatan rakyat diMesir itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan