Februari 18, 2011

PAS SUDAH TAHU KEPUTUSAN PRK MERLIMAU - LINGKUP !!




PAS sekali lagi bertanding untuk kalah diMerlimau. Pengakuan Pas itu dibuat oleh Mahfus Omar bahawa Pas hanya berusaha mengurangkan majoriti BN. Pas bertanding bukan untuk menang, jika dapat mengurangkan majority pun cukup baik untuk PRU nanti. Ini bermakna kepimpinan Pas Pusat sudah mengetahui keputusannya lebih awal lagi.

Sesuatu pertandingan jika sudah tahu keputusan lebih awal sangatlah bahaya kerana ia akan mengurangkan komitmen  dari seluruh jentera. Sebalik semasa memberi motivasi kepada jentera mereka  mengatakan Pas  pasti menang, agar jenteranya bekerja keras dan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Walhal, kepimpinan tidak begitu komited hanya memperalatkan orang bawah.

Kenyataan pimpinan Pas pusat itu, akan memberi kesan buruk kepada calon yang bertanding kerana didokong oleh kepimpinan yang tidak begitu serius untuk menang. Sedangkan calon yang bertanding bermati-matian. Ini kes menginaya calon seperti  yang berlaku diTenang.

DiTenang, Cik Gu Normala hilang pekerjaan, suaminya juga terbarai dan imej keluarga itu kelihatan bermasalah setelah kalah hasil tolakan pimpinan yang tiada semangat untuk menang. Lebih baik tidak meletakan calon langsung, semua pihak tidak membuang tenaga, masa dan wang ringgit serta maruah.

Bagaimana  pun bagi Pas mereka sentiasa ada yang dungu untuk ditolak menjadi calon. Bila keputusan  keluar, calon mengalami kesan jiwa terhadap kekalahan tersebut akibat sokongan yang tidak sepenuh hati dari pucuk pimpinan.

Kepada yang tersenarai untuk jadi calon Pas janganlah terlalu gembira  untuk menjadi kambing jantan korban .

Tiada ulasan:

Catat Komen