Februari 17, 2011

ANWAR REBAH TERPIJAK KULIT PISANG SALAHKAN BATIK




Dendam Anwar kepada negara bukan sahaja kepada sistem, kepimpinan dan kerajaan malah sudah melarat kepada serba serbi yang merangkumi budaya rakyat Malaysia itu sendiri. Cinta negaranya mengalami kegersangan laksana kemarau setengah abad.

Psikologi DS Anwar ini berlaku sejak ia dipecat 2008. Jika batik sebagai satu kesenian rakyat dimangsakan itu jelas bahawa kebenciannya sangat mendalam hingga menimbulkan kesan jiwa yang sangat komflik.

Kita dengar apa katanya! " mahu pakai batik Indonesia, dikatakan saya ini antinasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia kata jelek sebab ciri kesenian itu cukup rendah dan saya setuju. Tapi saya tidak mahu sebut diMalaysia. Jadi, saya akhirnya memilih batik Afrika" (utusan Feb16).

Jika DS Anwar mengatakan orang Indonesia bilang batik Malaysia ini jelek adalah pembohongan semata-mata. Itu hanya satu rekaannya sahaja yang menunjukan kenyataannya itu ada sokongan dari rakyat Indonesia. Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan kenyataan Anwar ini hingga boleh jadi besar antara dua negara.
Batik adalah karya seni yang berbeza antara satu negara dengan satu negara lain. Malah diadalam satu negara juga terdapat perbezaan ciptaan seni batiknya. Di Indonesia sendiri seni batik antara Samarinda dengan Madura berbeza.
Antara Jawa Tengah dengan Jawa Barat juga berbeza. DiMalaysia, Batik Terengganu dengan batik Kelantan berbeza, begitu juga bati dari Pahang. DiIndia, Lukisan batik antara negeri pengeluar juga tidak sama terutama bagi produk kain sari.  Di Pranchis, Holand juga ada keluaran batik ianya sangat berbeza.

Bagi masyarakat penilai seni batik, mereka akan terpaut kepada bukan sahaja kepada corak karyanya tetapi ia merangkumi pemikiran pelukis serta latar belakang sesuatu masyarakat bagi sesebuah negara itu sendiri. Batik adalah manifestasi dari cetusan jiwa dan pemikiran sesuatu masyarakat menerusi karyanya.

Sikap DS Anwar memperkecilkan batik Malaysia ini adalah manifestasi dari kesan kebenciannya kepada seluruh sistem negara dan rakyat negara ini yang dianggap sentiasa menyukar kehidupannya sejak lebih sedekad yang lalu. Tidak ada kebaikan dinegara ini baginya. Sebut sahaja satu-satu pasti kebanyakan ianya tidak bersetuju.

Semuanya ini datang dari penyakit jiwa besar yang tidak kesampaian dan menjadikan ianya bosan langsung menyalahkan pihak lain walhal kerana kesilapan dirinya bila berjalan tidak memandang kebawah akhir rebah terpijak kulit pisang yang dia sendiri campak setelah makan pisang tersebut.

Justeru itu, tidak payahlah kita ambil peduli sangat walau apa pun kenyataannya kerana sepatutnya beliau dirawat agar dapat berfikir dan melihat semula kehidupan realiti. 



Tiada ulasan:

Catat Komen