Februari 18, 2011

GERAKAN PUPUS PRU 12 – MCA PUPUS PRU 13



China Press telah menyiarkan pendapat  Loh Hon Chew dilaman perbincangan rakyat tanggal 11 Februari lalu mengatakan MCA ibarat ikan didalam air.  Air itu adalah masyarakat China dan ikan pula adalah Air. Air boleh untuk tidak memerlukan ikan tetapi ikan tidak boleh hidup tanpa air.

Beliau  menempelak MCA sebagai ikan yang akan pupus kerana menjadi wakil rakyat atas kemenangan dari sokongan orang melayu. Mereka mendapat jawatan menteri tidak mewakili suara orang China sebenar, katanya.

Sikap UMNO terhadap terhadap MCA mengecewakan masyarakat China hingga menyebabkan  mereka tidak menyokong parti itu langsung jadi lemah tidak bermaya. MCA telah memisahkan dirinya dari Dong Jiao Zong ( Gabungan Persektuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah China Malaysia) dan mahu menghapuskan sistem pendidikan Sekolah China.

 MCA tidak mengambil kesempatan atas apa yang orang China mahukan iaitu mahu mengujudkan sekolah-sekolah menengah China bagaimana mereka mahu menyokongnya. Setakat belanja makan isi perut tidak diperlukan. Katanya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Liow Tong Lai yang mengatakan hanya MCA sahaja mewakili kaum China sebab itulah kaum berkenaan terus menyokong MCA.

Dipetik dari Utusan Malaysia  Feb17,2011(11).


CATATAN PINGGIR

1                    Fasa pertama dari zaman post kemerdekaan, masyarakat China dalam parti Perikatan (kapal layar) masyarakat China berjuang untuk mencapai hasrat mengembangkan pendidikan China diperingkat sekolah rendah dianggarkan lebih 50 tahun berjuang maka sekolah tersebut telah Berjaya mencapai angka 1300 buah sekolah kebangsaan diseluruh Negara dengan bantuan penuh oleh kerajaan. Selesai.

2                    Fasa kedua, perjuangan masyarakat China adalah untuk mengembangkan sekolah menengah China. Sekarang terdapat 60 buah sekolah menengah China persendirian diseluruh Negara. Kaum China, meminta supaya kerajaan BN mengambil alih sekolah menengah tersebut dan menambahnya dari tahun ketahun hingga mencapai sasaran 1300 juga.

3                    Jika cepat dicapai, akan masuk fasa ketiga memperbanyakan Universiti China diMalaysia, maka lengkaplah set kemahuan masyarakat China diMalaysia.

4                    Bagaimana pun angka bagi sekolah kebangsaan akan bertambah mengikut keperluan dan percambahan penduduk. Maka sekolah menengah pun akan bertambah juga.

5                    Apabila masuk Fasa kedua itulah maka kerajaan BN sampai dipersimpangan. Samada mahu melayan tuntutan atau tidak. MCA pun sampai ketahap buntu untuk mendesak kerajaan kerana kerana meraka juga sedar kemana hala tuju Negara dimasa hadapan.

6                    Dong Jiao Zong mendesak MCA supaya terus mara kehadapan menuntut, namun MCA tidak berani buka mulut lagi setelah fasa pertama dapat dipenuhi oleh MCA kepada masyarakat China. Oleh kerana MCA tidak mengasak kehadapan maka Dong Jiao Zong menjauhkan diri dari MCA.

7                    MCA dan Gerakan dalam BN nampak jelas kesan sekiranya wujud dua aliran sekolah dalam satu Negara yang ingin hidup subur jangka masa panjang. Tetapi ia sangat sukar diterangkan kepada masyarakat China seluruhnya akan rasional itu. Mereka pasti akan menolaknya dan MCA akan terus berkubur jika menerangkan kepada kaum China kesan-kesannya.

8                    Cuba kita bayangkan, suatu hari kaum China dari tadika hingga keuniversiti tidak pernah bersama dengan pelajar-pelajar melayu dan India dibangku sekolah. Pelajar-pelajar melayu juga begitu. Apa akan jadi?. Sedangkan falsafah jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Akan wujud dua golongan besar dinegara ini tidak kenal antara satu sama lain.

9                    Diperingkat sekolah rendah ada antaranya. Kerajaan pun memahami bahawa masing-masing mahukan anak-anak generasi mereka dapat belajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Tetapi jika sekolah menengah berlainan, university berlainan maka matlamat Negara itu sendiri bercabang dan bersimpang siur.

10                Bagi Dong Jiao Zong tidak melihat kehadapan matlamat sebuah Negara yang mahukan rakyat bersatu padu. Matlamat mereka hanya mencapai cita-cita kebangsaan tulen mereka semata-mata. Agenda nasional pada mereka tidak penting. Akhirnya kemana?.

11                Jika sistem ini diteruskan,  tidak ubah Negara kita menyediakan dua bala tentera yang akhirnya akan bertembung sesama sendiri menjadikan negara ini hancur dalam masa tidaklah begitu jauh dari sekarang. Inilah difikirkan oleh kerajaan baik UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya.

12                Bagi yang menuntut tidak mendalami sudut pandangan pemimpin untuk masa hadapan negara. Pemimpin hari ini mencorak masa hadapan Negara. Salah adunan sekarang salahlah masahadapan. Muara sungai melebar dan bertempur dengan laut kerana adanya mata air.

13                Pemimpin datang dan pergi. Silih berganti. Silap tangan yang mengatur hari ini padahnya bukan sekarang mungkin 20 atau 30 atau 50 tahun akan datang. Dong Jiao Zong harus bincang bagaimana negara ini bermula 50 tahun akan datang dari berbagi sudut pandangan.

14                Tidak berguna langsung sekolah, Universiti ada pada hari jika rakyatnya masing –masing bertelingkah dan berperang sama sendiri pada masa hadapan. Apa gunanya ilmu pengetahuan jika ia meruntuhkan tamadun manusia itu sendiri. Inilah keikhlasan yang dituntut oleh generasi akan datang. Kita harus bisa meramal jauh kehadapan.

15                Lihat, sedangkan mereka yang 50 tahun silam mengatur sistem yang ada hari ini  antara kaum masih tidak bertaut sempurna. Apa lagi jika mengatur berbelah-belah seumpama itu. Jangan kita ada-adakan teori yang memihak kepada kita sahaja nanti akan bertembung dengan banyak teori. Rosaklah cita-cita negara.

16                Apa yang penting bukan apa jenis sekolah itu sebagai matlamatnya. Tetapi matlamat ilmu itu tersangat penting. Matlamat kita adalah menyediakan manusia berilmu yang boleh memakmurkan alam ini. Jika majoriti rakyat ilmunya tinggi tetapi masing-masing tidak kenal mengenal dan curiga mencurigai, itu dipanggil membangun bersama keruntuhan.

17                Jika itu yang dituntut oleh masyarakat China hari ini nescaya MCA tidak akan mampu melaksanakannya. Lupakanlah MCA dan BN atas falsafah air tidak memerlukan ikan.  Barisan Nasional adalah parti yang melihat masa hadapan Negara sebagai matlamat utama. Perpaduan rakyat. Kerana perpaduan boleh membina sebuah Negara bangsa yang makmur.

18                Soalnya pilihan yang mana yang akan mampu melaksanakannya ?. DAP ? PAS ? PKR  ?. DAP juga bergantung kepada Pas dan PKR.  Yakin kepada PAS untuk memenuhi tuntutan itu ?.Pas juga berdiri tapak orang melayu-islam. Yakin kepada PKR  yang hanya bergantung kepada kekuatan hanya seorang individu DS Anwar itu ?.Jika sudah pejam celek masih yakin, teruskanlah.

19                Bagi saya, lebih  yakin lagi masuk sekolah yang dikendalikan oleh Angkatan  tentera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan