Februari 19, 2011

PAS DAN DAP AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN PKR


Hubungan PKR –Pas masuk fasa tidak kena. Retak didalam. Bila Datuk Mustafa Ali, Setiasuaha Agung Pas Pusat membidas Azmin Ali Timbalan Presiden PKR secara keras dan terbuka.   Mustafa menjadi gigil kerana Azmin mengatakan Pas sukar berbincang dalam menentukan kerusi PRU 13 nanti. Kawasan-kawasan yang menjadi  target PKR juga dintai oleh Pas.

Mustafa tidak mahu sensitiviti antara komponen Pakatan dilempar kepublik sebaliknya dibincang didalam mesyuarat tertinggi Pakatan. Jika rahsia tertinggi menjalar kebawah sudah pasti  datang sentimen dikalangan akar umbi parti.

Bagi PKR, Azmin mengeluarkan kenyataan itu kerana memberi mesej kebawah bahawa itu hasil perbincangan yang menemui jalan buntu. Perkara yang boleh dibincangan dan ada tolak ansur  atau tolak dan campur tentu  tidak mengecewakan hingga terpaksa diluahkan.

Bagi Pas, Kawasan yang menjadi tradisinya tidak boleh disentuh oleh PKR.  Lihat sahaja Merlimau dan Kerdau. Pas langsung tidak pandang sebelah mata kepada PKR agar dikedudukan menang-menang. Inilah yang mengecewakan PKR. Perbincangan hanya memihak kepada Pas.

PKR  menumpu kekawasan-kawasan  yang rationya berbilang kaum, Pas juga mula menyasarkan kawasan-kawasan yang menjadi target PKR. DiKawasan yang padat pengundi China sudah tentu DAP.Ini bermakna PKR semakin tersepit  dan mengecil bilangan yang akan diagihkan. Itulah yang menyebabkan Azmin naik berang.

Walaupun DS Anwar pengerusi Pakatan Pembangkang tetapi yang mengetahui duduk sebenar dan membuat kerja-kerja penganalisaan dan operasi pengurusan adalah Azmin. DS Wan Azizah dalam keadaan gelap gelita.

DS Anwar menghadapi tekanan  masalah peribadi tidak banyak tumpuan kepada muslihat parti. DAP dan Pas sedar akan kelemahan DS Anwar, maka mereka mengambil kesempatan dari kelemahan itu. Bukan itu sahaja,  DAP dan Pas isu-isu yang berlaku selepas pemilihan pimpinan pusat PKR,  tokoh-tokoh popular PKR keluar parti, ahli-ahli PKR berbondong meninggalkan parti, DS Anwar dihentam oleh sahabat-sahabatnya yang meninggalkan PKR telah menghakis kepercayaan DAP dan Pas terhadap PKR.

Itu sebab saya katakan bahawa yang bernilai bagi PAS dan DAP sekarang bukan PKR sebagai sebuah parti komponen tetapi hanya DS Anwar Ibrahim. Jika DS Anwar tidak ada sudah pasti  PKR jadi melukut ditepi gantang.

DS Anwar sedar persekitaran yang berlaku dalam hati-hati komponen PP. Oleh kerana situasinya dalam keadaan sangat lemah maka kuasa runding juga menjadi lemah. Menurut  Oliver (1996) Perundingan adalah satu proses yang mana setiap pihak yang berunding mempunyai kuasa keatas penyelesaian atau kesudahannya. Menurutnya, perundingan adalah transaksi dimana-mana kedua pihak mempunyai kuasa veto terhadap keputusan akhir. Ia memerlukan persetujuan sukarela dari kedua-dua pihak dan ia juga merupakan proses memberi dan menerima dimana sebenar transaksi dipersetujui. (disedut dari - Kemahiran perundingan dan Tawar menawar oleh  Zawiyah Mohd Zain, Mohd Na’eim Ajis dan Sakinah Muslim UUM).

Nah !, berdasarkan penegertian itu, Perundingan dalam PP, PKR ditahap yang lemah. Jika lemah tidak mempunyai kuasa veto. Jika tidak mempunyai kuasa veto keputusan rundingan akan jadi berat sebelah. Pihak yang punya kuasa veto adalah Pas dan DAP. Suka tidak suka PKR terpaksa menerima walaupun tidak secara sukarela.

Mengapa jadi begitu ?. Tidak lain kerana PKR menunjukan kelemahannya dari berbagi sudut yang terdedah kepada umum. Bila semua pihak sedar akan kelemahan PKR maka kura-kura pun mengambil peluang meniti diatas sebatang nyior yang condong.

Akhirnya pa jadi?.  Parti KITA telah siap didaftarkan.  Parti KITA bersiap menggantikan PKR dalam Pakatan. Orang baru tentu tidak banyak demand dan imejnya masih bersih. Jika DS Anwar tidak ada,  PKR boleh dilelong diPasar Malam. Begitulah cara PAS dan DAP melayani PKR sekarang.

Jika Parti kita makin kuat cengkaman,  DAP ada pilihan. Kapal Singh akan menetas tali perahu, DS Anwar akan hanyut  dan terapung dilaut China Selatan. Akhirnya, tenggelam dan  tersadai dibatu ditukun tiruan Tan Sri Sanusi Junid semasa menjadi menteri pertanian dahulu.

PAS dan DAP mengucapkan ‘selamat jalan PKR’.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan