Januari 26, 2011

TENANG – PAS KALAH KERANA ORANG LUAR






Lain Padang lain belalang, antara isu-isu yang seringkali diketengahkan setiap kali diadakan pilihan raya kecil adalah kebanjiran orang luar yang merosakan budaya masyarakat tempatan dimana PRK itu diadakan. Mereka menjadi pemangkin kepada budaya yang tidak sihat dikampung halaman orang tampa bertanggung jawab.

Beberapa peristiwa seperti pembakaran berdera yang berada dikawasan kediaman dengan kaedah bakar dan lari adalah satu contoh tidak bertanggung jawab. Bagaimana sekiranya kebakaran itu melarat kerumah-rumah kediaman melibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa.

Perbuatan seumpama ini bukan sahaja melibatkan soal kemusnahan malah melibatkan soal kematian dan maruah keluarga pihak yang sedang ditimpa musibah. Contohnya, seorang yang mencilup diri mengimamkan sembahyang jenazah dimasjid kemudian memburuk-burukan imam tempatan dikatakan tidak menjalankan tugas dengan sempurna adalah satu bentuk kekacauan daripada orang luar yang meruntuhkan stratifikasi sosial masyarakat setempat.

Jika ikhlas tidak mengapa, tetapi ia dibuat untuk tujuan niat jahat memburuk-burukan masyarakat setempat walaupun dalam masa keluarga dan masyarakat bersedih diatas kepulangannya. Ini adalah sikap buruk politik yang merosakan kehidupan masyarakat setempat.

Walau pun demokrasi itu setiap orang boleh bergerak bebas terbuka kemana sahaja mereka bergerak tetapi ia bukan satu keizinan untuk melakukan apa sahaja kerosakan kepada budaya masyarakat setempat. Jika kebebasan ini digunakan sedemikian rupa, maka adalah baik pada masa mendatang ia perlu dihadkan jika mereka  tidak bijak menggunakannya.

Kedatangan pihak luar kemana-mana PRK bertujuan untuk memenangkan calon dari parti masing-masing. Datang sebagai jentera untuk membantu jentera tempatan. Matlamatnya adalah untuk membantu mendapatkan sokongan dari masyarakat dan pengundi. Tetapi jika dengan gelagat yang tidak baik itu boleh menghilangakn sokongan apa ertinya bantuan tersebut ?. Bukankah menghabiskan masa dan belanja sahaja pulang  dengan kekecewaan.

Sepatutnya, pendatang luar membawa budaya yang terbaik dari masyarakatnya diketengah kepada orang lain. Bukan keburukan atau perangai yang reject didalam masyarakatnya dibawa bertandang ketempat orang. Ini tidak, sebahagian dari jentera luar itu golongan yang telah ditolak oleh masyarakatnya datang bertandang, itulah yang menjadikan PRK nampak berkecamuk.

Ingatlah untuk menawan otak manusia kena otak juga. Ia memerlukan kebijaksanaan yang lebih tinggi.  Jika emosi dan tidak menggunakan akal nescaya akan ditolak oleh pengundi. Kadangkala sikap pendatang luar boleh menjadikan pemusnah bukan pembantu.

Kalau kail panjang sejenagkal tidak payahlah memancing dilautan dalam.


1 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Blog ini sudah saya link.
    mohon link ke blog Tuan.
    T kasih

    BalasPadam