Januari 25, 2011

GAGAL PINDAAN PERLEMBAGAAN – TIADA MARUAH DAN WAJAR BERUNDUR




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat dua belah tangan mengakui pindaan perlembagaan negeri gagal untuk beliau memperolehi kuasa 'kuasa menasihati' Sultan Selangor kerana tidak mempunyai kekuatan 2/3. Bagaimana pun ia kan dibangkitkan semula selepas PRU akan datang. Bagaimana pun MB itu tidak dapat menerima kekalahan itu dan menyalah ADUN BN kerana tidak menyokong kerajaan negeri.

"lebih dikesali lagi, BN gagal memberikan hujah-hujah yang kongkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan itu. Jelas penolakan itu dibuat diatas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa diPutrajaya " katanya. " Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlu berdasarkan kepentingan rakyat " katanya lagi.

REF: UTUSAN JAN25,2011 (5)


CATATAN PINGGIR

Kegagalan pindaan undang-undang yang memerlukan 2/3 itu melambangkan ketololan Menteri Besar PKR itu. Setiap hari berbagai pihak mengatakan hasrat itu menemui kegagalan kerana tidak cukup 2/3 tetapi tetap berdegil diadakan juga. Sudah tahu dinding batu masih dilanggar juga, pecahlah kepala.

Kedua, wakil-wakil BN menolak usul itu kerana 'kuasa menasihat' itu bukan sebagai penasihat biasa sebaliknya kuasa penasihat itu adalah 'kuasa mengarah' atau 'kuasa mutlak' Menteri besar terhadap Baginda Sultan. Pindaan itu memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar kerana ia dipinda urutan isu perlantikan SUK yang baru.

Ketiga,  Pakatan boleh meneruskan usaha itu selepas PRU 13 sekiranya mereka masih ada cukup 2/3. Jika tidak ia akan balik keasal juga. Apa yang pasti rakyat menolak Pakatan Rakyat kerana dalam tempuh yang diberikan penggal ini Pakatan tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik tidak sebagaimana mandat dan kehendak Rakyat.

Keempat, salam sistem pengundian kemenangan bukan terletak pada hujah. Hujah yang baik atau tidak baik tidak mempengaruhi undi kerana masing-masing ada agenda disebalik parti masing-masing. Bertapa baik pun hujah ia tidak mengubah undi.

Kelima,  Pindaan itu bukanlah atas keperluan rakyat sebaliknya keperluan Menteri besar dan kuncu-kuncunya supaya berkuasa penuh. Ia dirancangan atas dasar kehendak agenda politik jadi untuk mengatasinya cara politik juga.

Keenam, kegagalan pindaan tersebut berjaya mengekalkan kuasa Sultan dan menolak pengambil alihan kuasa  Sultan secara berpelembagaan hingga Sultan langsung hilang kuasa dan sekadar menerima arahan ( atas nama nasihat) sahaja dari Menteri Besar. Ini semua adalah idea DAP dan PKR.

Pindaan juga gagal untuk 'merajakan MB'.'Khalid sepatutnya meletak jawatan atas kekalahan tersebut.


1 ulasan: