Januari 01, 2011

TENANG- PAKATAN PEMBANGKANG MASIH DENDANGKAN ISU BANGSAT !!






Presiden MCA, DS Chua Soi Lek berkata Parti Pembangkang akan memainkan isu perkauman di Tenang PRK kali ini terutama bagi kaum China dan India. Isu-isu yang diputar blitkan adalah isu pendidikan dimana kononnya Kerajaan BN tidak mengambil indah kepentingan pendidikan dua kaum itu.



CATATAN PINGGIR

Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah kekeringan isu. Jadi mereka meraba-raba mencari isu lama yang boleh kehidupkan semula. DAP sendiri, banyak rasa bersalah bila dapat menguasai Pulau Pinang mentadbir dalam keadaan kacau bilau. Perkauman sempit mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang.

Masyarakat India terjejas teruk kesan pemerintahan mereka dinegeri itu. Samalah diJohor, mereka tidak ada Isu lain untuk menarik pengundi kaum India dan China. Isu pekaumanlah menjadi pilihan tradisi mereka. Tidak ada pilihan lain.

Masyarakat China juga sedar bahawa kerajaan mengambil tanggung jawab seupaya mungkin mengatasi masalah pendidikan kaum itu samataraf dengan pendidikan yang terdapat pada kaum lain.  Malah jika diperhatikan keistimewaan kaum China lebih baik dari pendidikan orang Melayu kerana sekolah-sekolah mereka majoriti berada dikawasan Bandar.

Merka mendapat guru-guru yang baik, kemudahan peralatan mengajar dan pembelajaran yang baik, bantuan permakanan yang segar dan berkualiti tinggi berbanding dengan sekolah-sekolah Melayu yang berada majoriti diluar Bandar. Jika dibangkit rasa tidak puas hati, orang Melayulah yang akan menjerit serata-rata terutama masyarakat bumiputera diSabah Serawak.

Bagaimanapun ia harus dterang kepada masyarakat China berulang kali agar kesedaran itu dipupuk sentiasa. Konsep small group dan personal touch dan dari mata kemata dapat memberi impak yang besar kepada pengundi. Zaman ini, cara pendekatan ekslusif sangat mustahak kerana pengundi lebih gemar cara demikian.

Konsep ceramah ala awal tahun kemerdekaan sudah ketinggalan zaman. Ini memberi peluang yang besar kepada jumlah jentera yang besar dan tersusun seperti BN.  Parti pembangkang mengadakan konsep ceramah secara pentas kerana mereka mempunyai jentera yang kecil dan tidak mampu bergerak dari orang keorang. Walaupun jumlahnya nampak besar tetapi hanya melibatkan peratusan yang kecil mendengarnya.

Pihak yang bertanggung jawab harus bersedia dengan peralatan yang cukup bagi mengesan kempen perkauman yang melampau.  Sebarang sikap perkauman yang melampau boleh didakwa kerana memecah belahkan perpaduan kaum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan