Januari 02, 2011

SENTIMEN AGAMA - SASARAN UTAMA PROVOKASI DAP- WASPADA !!!





Pakatan pembangkang semakin getar pengaruh mereka makin merosot. Menganalisa repot Merdeka Center sokongan terhadap BN meningkat. Melayu 74%, India 85% dan China 54%.

DAP yang cuba menjadi hero masyarakat China mencari jalan supaya sentiasa ada tembakan sebiji peluru mematikan tiga ekor burung sekali gus. Paling mudah adalah sentiment agama.

Teo Niee Ching adalah pelaksana strategi ini kerana dia mempunyai rekod cemerlang beberapa bulan lepas dapat masuk kemasjid dengan cara tidak sopan hingga isu itu meletup dan membangkitkan kemarahan umat Islam. Bila umat Islam melalak, kaum lain atau agama lain merasa impak besarnya.

Kali ini, dimasjid taman Cheras Jaya diulangi lagi. Sekali lagi suhu sentimen keagamaan mendidih. Provokasi ini dikongsi oleh PAS, PKR  sekali. Jika tidak ianya tidak boleh jadi bolos wakil Rakyat DAP itu masuk dengan beraktiviti senamrobik disana. Teo Nie Ching tahu sensitiviti berpakaian tetapi ia sengaja dibuat untuk mendapat perhatian.

Ahli Parlimen Seputih,  Tressa Kok  melagakan umat Islam dengan penganut kristian dengan menyebarkan berita pejabat PM mengarahkan Majlis sambutan Krismas 25 Disember lalu yang dihadhiri oleh PM Najib perlu mengenepikan elemen yang berunsur ibadat  kristian dalam pertemuan itu. Ini contoh-contoh bahawa isu sentimen keagamaan menjadi sasaran mereka sebagai provokasi.

Ada beberapa cara yang jelas bagaimana mereka memainkan sentimen itu. Pertama mengadakan gerak kerja. Kedua, memainkan isu-isu yang di spin sebaik mungkin dimana mereka akan mendapatkan ruang media yang luas agar kepanasannya menyeluruh walaupun isu kecil.

KDN perlu melihat model ini lebih fokus.  Terlepas pandang boleh membakar negara. Tidak hairan jika ada pihak ketiga melaksanakan perancangan mereka jika terlalu terdesak nanti.  Pengalaman yang lalu harus dijadikan ikhtibar.

Polis tidak perlulah menunggu lapuran dalam perkara begini. Adalah lebih baik jika pencegahan cepat dilaksanakan dengan berbagai cara seperti amaran keras, menyediakan lapuran pendakwaan dan berbagai lagi. Harus diingat bahawa sentimen agama lebih tajam dari sentimen perkauman yang menjadi alat perjuangan mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan