Disember 31, 2010

CARILAH JALAN LAIN- JANGAN AGAMA JADIKAN TARUHAN KEPADA BUKAN ISLAM.






Umat Islam kucup dan junjung al-Quraan, Kucup dan cium al-Quraan  sebagai memuliakan wahyu Allah yang diturunkan melalui malaikat kepada kepada manusia perantara Rasulullah saw. Umat Islam dididik memuliakan masjid. Sebaik-baiknya masuk masjid dalam bersih, bewuduk dan memelihara tutur kata.

Umat Islam didik bersopan-santun, saling menghormati, berbudi bahasa, dimasjid. Umat Islam diajar dan dididik supaya institusi masjid dimuliakan, dimakmurkan dengan aktiviti yang boleh mengukuhkan perpaduan ummah serta menambah ilmu. Memakmur itu termasuklah menyumbangkan segala titik peluh, harta benda, wang ringgit semampunya.

Umat Islam dididik supaya bersopan bukan sahaja budi bahasa, adab sopan malah adab berpakaian tegasnya menutup aurat. Umat Islam juga digalakan sunat dua rakaat tahyutul masjid bila masuk dalam masjid dan berbagai-bagai lagi rupa bentuk ajaran yang terhimpun dalam jiwa umat islam tentang tingginya tempat atau rumah Allah yang dipanggil 'masjid' itu.

Bukan didalam ruang masjid sahaja malah disekitar kawasan wakaf masjid itu dianggap sebahagian dari masjid. Ini telah diajar dan dididik malah dirotan semasa kanak-kanak jika melanggar ajaran supaya menghormati masjid.

Individu islam dimalaysia khususnya, bila terpandang masjid dari jauh ada rasa sesuatu yang sangat bernilai tiada bandingannya walau seburuk mana bangunan itu. Itulah sistem nilai orang Islam terhadap bangunan masjid. Halus dihormati dan tinggi. Tidak sama dengan rumah lain.

Tiba-tiba ada orang kafir memasuki ruang masjid dengan adab yang songsang dengan nilai masyarakat islam bagaimana?. Tiba-tiba ada perempuan samada Islam atau bukan Islam masuk masjid atau ruang disekitar masjid dengan bulu ketiak yang dapat dilihat jelas, dengan pusat yang terkeluar hingga kepangkal ari-ari bagaimana?. Jika ada yang nampak pangkal buah dadanya bagaimana?.

Apa erti ketinggian nilai itu kepada individu atau masyarakat Islam yang melihatnya atau mendengar khabarnya?. Itu jika diluar masjid. Apa lagi jika berada didalam masjid. Tambah lagi berada ditempat Imam mengimamkan sembahyang tanpa mengikut adab Islam.

Kalau mereka itu orang biasa ada maafnya tetapi jika mereka itu pemimpin apa ertinya?. Seorang pemimpin wajar tahu diplomasi. Mesti tahu adat istiadat.  Mesti tahu pantang larang. Mesti tahu apa yang disukai atau dibenci oleh masyarakat disekitarnya.

Perkara ini bukan kali pertama berlaku. Ia berlaku kesekian kali. Masakan tidak sensitive atau sengaja mahu provokasi yang dibuat oleh Pas sendiri. Jangan main-main dengan soal agama. Sensitifnya mengalir  kedalam darah. Mengapa begitu murah harga kesucian agama Islam untuk mendapatkan undi kaum kafir ?. Begitu dangkal ilmu pejuang yang ingin menegakkan negara Islam jika begitu. Allahu Akbar. Carilah jalan lain jika ingin sangat memenangi hati  bukan Islam. Bukan agama jadi taruhan.

Kepada bukan Islam, Jika tidak tahu mesti bertanya. Bagi yang tahu mesti memberi tahu atau menasihat.  Begini, saya ajarkan cara menasihatnya. " Besuk kita ada program dimasjid. YB dijemput hadhir. Tetapi diluar kawasan masjid. Latihan senamrobik. Tetapi YB harus pakaian sopan kerana itu kawasan masjid. Umat Islam jika masuk kawasan masjid mesti menutup aurat. Nanti kalau YB tidak ikut peraturan rakyat bising. Kami yang teruk kena bidas. Tahu sajalah kita ini orang politik".

Tentu YB itu tanya caranya "bagaimana?". Kita jawab " mesti menutup aurat. Kalau jenis senaman ini pakai seluar tidak mengapa. Baju pakailah baju lenggang panjang leher bulat. Kalau boleh baju seluar itu jangan ketat-ketat sangat. Jika ketat sangat menampakan rupa bentuk tubuh pun tidak dianggap sopan juga". Tanya lagi " jika YB. Tidak ada pakaian itu carilah, masih ada masa. Susah-susah sangat YB ada duit bagi kami beli". Begitu caranya, tak boleh kah?.

Ini kalau Tok Guru Nik Aziz kata kerana dia kafir tidak mengapa. Itu perkara kedua. Apa maknanya?. Pada umat Islam laungkan hormati masjid maka pada bukan Islam tidak payahlah hormati masjid. Lama-lama nanti anak muda perempuan Islam pula ikut jejak itu. Kita bising, kurang ajar dan tidak ada adab masuk masjid atau kawasan masjid.

Perkara ini terjadi, sejak Pas berkawan dengan DAP. Kawan kerana politik. Semua boleh. Baca ayat Quraan salah pun boleh. Menghina institusi masjid pun boleh. Dalam keadaan kotor masuk masjid boleh. Nampak bulu masuk kekawasan masjid pun boleh. Pendek kata semua bolehlah.

Jangan dijual kesucian dan ketinggian Islam itu kerana undi. Jangan ajar orang bukan Islam bertentangan dengan kehalusan rasa umat Islam terhadap rumah Allah itu. Jika seorang ulama' berbuat begitu tampa mengambil kira perasaan menyeluruh umat Islam apakah rakyat mahu menghormati ulama cabuk sebegitu?.

Tidak menilai perasaan masyarakat terbanyak bukan satu kebijaksanaan. Ketinggian ilmu dan kebijaksanaan adalah dapat menilai perasaan dan pemikiran yang mendasari sesuatu masyarakat.

Saya mengakui bahawa saya jahil, tetapi saya tahu nilai dan pemikiran masyarakat Islam bagaimana. Saya merasa apa yang meraka fikirkan. Kerana saya diajar begitu. Jadi, nilai saya terhadap rumah Allah itu sangat tinggi.  Saya fikir orang lain lebih tinggi nilainya dari saya. Kalau saya berkawan dengan kaum lain saya juga mahu menjinakan mereka dengan masjid tetapi saya akan beritahu mereka adab dan sopannya kalau mereka setuju ayuh. Jika tidak, mohon maaf. Habis cerita.

Sebab saya sendiri hormati Tok Kong mereka, Kuil Mereka, gereja mereka. Jika saya dijemput masuk saya akan tanya banyak soalan dahulu. Saya tidak mahu jatuh silap, jadi menghina. Kedua, saya juga takut pada syirik. Lalu saya membetulkan niat saya masuk itu.

Jika dikatakan tolol marah. Tetapi itulah hakikatnya. Bila terlampau politik semua benda ingin dipolitikan. Hingga dengan hal-hal berhubungan dengan tuhan juga dipolitikan. Sudah, cakap panjang pun tidak berguna. Susah bercakap dengan orang seperti kamu ini !!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan