kemana saja-kelaut,darat,desa,kota,felda,melayu,china,india semua ok
Pengerusi Persatuan anak peneroka kebangsaan ( Anak) Mazlan Aliman akan mengutip tanda tangan peneroka untuk dimemokan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung membantah keras perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
Alasan bantahan itu kerana Tan Sri Isa Samad telah expired dan terlibat dengan rasuah politik wang hingga digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dan meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.
REF : siasah. Dec 31, 2010 hingga Jan 6, 2011 ( MS 4)
CATATAN PINGGIR
Geli hati juga bila melihat telatah Mazlan Aliman yang sanggup menghabiskan masa sia-sia kesana kesini seluruh negara hanya untuk mengutip tanda tangan peneroka bagi tujuan membantah perlantikan Tan Sri Isa Sebagai Pengerusi Felda. Jika masa itu digunakan untuk kerja-kerja berfaedah adalah lebih baik.
Sebagai kerja gurka apa-apa organisasi samada politik atau NGO sebenarnya tidak susah untuk mencari tanda tangan. Bagi Felda dapatkan sahaja semua nama peneroka diseluruh negara mengikut rancangan Felda dari mana-mana sumber kemudian duduk dua tiga orang ' tenyeh ' sahajalah. Jangan guna pen yang sama dan berbagai warna, dan tenyeh itu berbeza sedikit antara satu dengan lain. Berapa dimahukan ?. 10 ribu?, 20 atau 100 ribu itu boleh dibuat dalam masa sehari dua sahaja. Bukan susah.
Apa yang penting kerajaan dengar atau tidak suara 'tenyeh' tersebut. Pada saya penerima memorandum itu hanya akan tersenyum dan akan kata balik akan dikaji. Lepas tahun demi tahun Pengerusi Felda tetap sama , Mazlan Aliman pun tidak tahu kemana. Jadi lebih baiklah buat kerja yang datangkan hasil. Lagipun Jenerasi kedua Felda itu berbagai masalah, lebih baik berjuang tumpukan kepada jenerasi itu agar hidup mereka terbela. Bekerja sama dengan Pengerusi Felda bukan kah lebih baik?.
Harus diingat bahawa Tan Sri Isa Samad tidak dikenakan tindakan disiplin UMNO kerana rasuah politik atau rasuah menggunakan wang. Beliau hanya di inaya kerana mengadakan pertemuan dengan perwakilan diRaub sahaja. Pada ketika itu etika UMNO dikuat kuasakan calon tidak boleh bertemu perwakilan atau mengadakan perjumpaan. Jika bertemu dengan perwakilan dikira melanggar Etika pemilihan.
Bagaimana pun semua calon mengadakan pertemuan secara senyap-senyap. Jadi dalam keadaan inilah Tan Sri Isa dijadikan 'kambing hitam' oleh pihak yang tidak senang kepada beliau untuk dikenakan tindakan disiplin. Jika dikenakan tindakan secara adil maka semua calon pada tahun itu kena hukum. Maka tiadalah pemimpin UMNO yang boleh dilantik jadi itu dan ini malah UMNO sendiri pun boleh dibubarkan.
Oleh itu jika Mazlan Aliman kurang pasti apa sebenarnya atau tiada fakta sebenar dinasihatkan tidak payahlah memberi alasan itu nanti susah jika diambil tindakan oleh Tan Sri Isa. Jangan cari penyakit.
Sebab itulah PM Najib mencalonkan beliau bertanding diDUN Bagan Pinang dalam PRK tahun lalu kerana PM Najib tahu dia di inaya. Begitu juga Tan Sri Rahim Tamby Chik dilantik sebagai Pengerusi RISDA kerana diketahui dia juga terinaya kerana mahkamah telah membersihkan beliau tidak bersalah.
Tan Sri Rahim Tamby Chik mempunyai rekod cemerlang semasa menjadi Ketua Menteri Melaka. Lihat sahaja Melaka sudah menjadi negeri maju 2010 yang diketengahkan dan diperjuangkan oleh Datuk Ali Rustam.
Tan Sri Isa telah mempuyai rekod cemerlang diNegeri Sembilan. Imej Tan Sri Isa diNegeri Sembilan masih nampak sampai sekarang. Dua-dua Tan Sri itu adalah dikalangan Pemimpin UMNO yang bijak dan berwibawa. Potensi mereka dilihat oleh PM Najib boleh memajukan masyarakat Luar Bandar samada peneroka dan pekebun kecil.
Apa yang dibanggakan oleh UMNO semasa mereka memegang jawatan Menteri atau Menteri besar tidak pula kita dengar bahawa mereka melarikan duit Negara berbilion ringgit seperti apa yang Ummi Hafilda bongkar. Kalau belum baca, mesti baca.http://srikandi7.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan