Pindaan Perlembagaan negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan adalah satu helah DAP supaya TS Khalid benar-benar komited bagi melaksanakan tugas itu. Bagaimana pun Sultan Selangor sangat bijak menilai permainan belakang tabir atau opera DAP dan PKR itu. Tidak semudah yang dijangkakan.
Sebenarnya hasrat pindaan itu cuba menambah setangki air kedalam laut. Tidak perlu lagi dipinda kerana peruntukan kuasa Tuanku Sultan sebagai kuasa utama negeri telah wujud secara bersirat didalam perlembagaan itu.
Sebenarnya, mereka mahu memasukan kuasa Menteri Besar supaya lebih berkuasa bagi mudah untuk 'diperlembukan' . Jika diperhatikan mengapa hanya berlaku dinegeri Selangor? Dinegeri-negeri lain tidak ada persoalan hal ini. Hanya disebabkan perlantikan seorang pegawai kerajaan perkara ini jadi besar hingga gawat hendak meminda perlembagaan.
Pendaan ini mereka dipercayai memanggil pakar-pakar undang-undang yang favour kepada mereka bukan sahaja dinegara ini untuk memperkasakan niat mereka.
Sebarang undang-undang sesebuah Negara amat relevan dengan isu-isu semasa pada waktu itu. Ketika British bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan mengambil masa yang panjang dan tidak tergesa-gesa. Ia mengambil kira berbagai sudut sosio budaya, latarbelakang sejarah, ekonomi dan demograpi. Kerana setiap perkataan terkandung tafsiran dan niat serta maksud tersirat yang mencerminkan duduk sebenar masyarakat.
Baik, mengambil kira Perlembagaan Persekutuan sebagai contoh. Bahagian 1 – Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang bagi Persekutuan. Perkara 3 (1) Ugama Islam ialah Ugama bagi Persekutuan tetapi ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana Bahagian Persekutuan.
Mengapa Perkara 3 (1) itu disebut dengan jelas tentang Agama Persekutuan ?. Pertama, penggubal mengambil kira latarbelakang sejarah pada waktu itu bahawa hampir 500 tahun Islam adalah agama anutan peribumi semenanjung.
Kedua, mengambil kira tuntutan-tuntutan raja-raja melayu, UMNO, Persatuan dari negeri-negeri terdiri dari melayu-Islam, gerakan reformis Islam, alim ulama dan berbagai-bagai pihak yang mahukan Islam itu agama rasmi.
Mengapa pula amalan agama lain bebas diamalkan?. Pertama, datangnya ilham dari British menjaga kepentingan agama mereka kristian. Kedua selepas hari merdeka Tanah Melayu akan terkandung rakyatnya dari masyarakat Majmuk yang berbilang kaum dan agama.
Apa jadinya fasal 3(1) itu, diandaikan kaum lain tidak ada?. Sudah pasti tidak akan menyebut tentang kebebasan agama. Apa pula jadinya jika penggubal Perlembagaan itu hanya terdiri dari semua bukan Islam?. Tidak ada perkara 3(1) itu dimaktubkan.
Nah, sekarang cuba kita bayangkan bahawa pindaan undang-undang hanya dibuat oleh satu pihak yang terdiri dari DAP dan PKR sahaja.( Pas diam diri). Kemudian skrip itu direka oleh mereka yang berada dibelakang tabir.
Dalam hal apa sekali pun sesuatu perbuatan bergantung kepada niat. Apa niat perlembagaan itu dipinda. Didalam niat ada terkandung agenda dan dari agenda baharulah akan berlaku tafsiran tingkah laku.
Pindaan tidak boleh dibuat tergesa-gesa. Jika pindaan itu boleh mendatangkan mudharat ianya tidak perlu. Jika berlaku dinegeri Selangor boleh dibuat, negeri-negeri lain akan sibuk juga meminda perlembagaan. Apa jadi jika semua negeri asyik sibuk pinda perlembagaan?. Akhirnya gempar sana-sini kerja tidak berjalan. Rugi adalah negeri dan rakyat. Pemimpin tidak melakukan kerja melainkan sibuk berkempen sana sini untuk menyokong pindaan. Gaji elaun berjalan dari keringat rakyat.
Bawa pula keDewan Neger tidak cukup dua pertiga, BN tidak hadir maka berlaku tuduh menuduh sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lagi perang sabil. Inilah yang mereka mahu kerana kebolehan untuk berkerja tidak ada.
Pindaan secara tergesa-gesa akan ada implikasi buruk pada masa hadapan nanti. Oleh itu, semua pihak jangan melayan kerja sia-sia tersebut. Awas perangkap republic !!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan