Prof Aziz Bari UIAM mengatakan petaka Malaysia jika Pakatan kalah dalam PRU13 nanti. Penguasaan Pakatan terhadap kerajaan negeri tidak memadai kerana kerajaan pusat kuasanya lebih luas. Kerjaan BN sekarang tidak mengamalkan konsep Fedralism dalam erti kata yang sebenar berdasarkan tidak member kerjasama kepada kerajaan Pakatan dinegeri-neneri yang dikuasa Pakatan. Oleh itu perubahan politik mesti dilakukan dengan transformasi politik dari sekarang. Jangan biarkan kuasa pada tangan UMNO yang elit korup ketika berucap dimakan malam anjuran Pas Bahagian Batu digombak.
( Ref: Siasah Dis 31, 2010 – Jan6,2011/4)
CATATAN PINGGIR
Aziz Bari adalah seorang professor undang-undang UIA yang masih buta politik medan melainkan hanya bergantung kepada buku-buku ilmiah dibilik study serta baru berjinak-jinak dengan politik medan sebenar. Mengapa dikata begitu?. Sebelum ini tidak pernah terdengar nama Aziz Bari ini. Mungkin baru menetas dari telur politik dikampus.
Pakatan Pembangkang PRU 12 telah diberi peluang oleh rakyat memerintah beberapa negeri termasuk Kelantan yang kekal bertahan. Tahukah saudara bahawa kerajaan Pakatan telah gagal mentadbir negeri-negeri tersebut ?. Gagal dalam ertikata membangunkan ekonomi negeri dan rakyat, gagal memupuk perpaduan rakyat, gagal membasmi kemiskinan rakyat dan gagal mengadakan hubungan baik dengan agensi kerajaan ?.
Baik kita pergi satu negeri kesatu negeri. Kedah, secara ringkas negeri itu gagal membantu rakyat ketika menghadapi bencana banjir baru-baru ini. Bantuan diberi pilih bulu. Menteri Besar dalam keadaan 'serba tak tahu' . Kerajaan pusat terpaksa bergegas datang membantu dari Kuala Lumpur. Atas kekecamukan itu riuh rendah rakyat kedah sangat bermasalah jika tidak dibantu oleh kerajaan pusat.
Kedua, apakah moralnya apabila Mahfuz meletakan jawatan sebagai pengerusi GLC Kedah Sato ?. Bukan ada cerita moral disebalik Bisnes kontrak KUIN?. Itu baru satu kontrak besar yang masuk sudah berebut untuk membuat keputusan. Rakyat penanam padi Siam pun boleh mentafsir agenda disebalik keputusan bisnes itu.
Ketiga, jika amalan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh Pas atau Pakatan Pembangkang mengapa disekat para wartawan yang hadir membuat liputan Sidang Bajet DUN Kedah hujung tahun lepas?. Jika bebas dan benar mengapa ada sekatan?.
Keempat, Pulau Pinang apa yang terjadi kepada umat Islam dan penduduk India di negeri itu?. Apakah Saudara tidak melihat kezaliman DAP pakatan saudara menzalimi peribumi dan masyarakat India?. atau sengaja membutakan mata hati?.
Kelima, Apakah tidak sedar bahawa orang-orang melayu dihalau dari pulau Pinang ?. Sedarkah suadara bahawa umat Islam disogokan dengan wang ehsan dari hasil judi?. Apakah itu pakatan adil ?.
Keenam, Perak, Mengapa tiga orang dari ADUN Pakatan meninggalkan parti itu hingga kerajaan bertukar tangan. Mesti ada masalah yang tidak dapat diselesaikan disebalik lompatan nekad itu. Kemudian sedarkah setiap kali sidang Dewan Undangan Negeri Perak lebih gawat dari pasar borong waktu pagi?. Ini semua kerana parti Pakatan yang saudara muliakan itu.
Ketujuh, Selangor pula apakah masa yang dibuang sudah hampir sebulan kerana perlantikan SUK tidak selesai hingga wujud kumpulan derhaka dari parti saudara muliakan?. Sekarang hampir diadakan pilihan raya semuala berapa banyak pelabur yang masuk keSelangor atau negeri-negeri sewaktu dengannya?. Yang dikatahui ada banyak pelabur telah memindahkan peniagaan mereka kenegara lain sejak Pakatan menguasai negeri itu. Apakah dengan berbalah dengan jentera kerajaan negeri itu boleh maju ?.
Kelapan, Rasuah adakah saudara membaca tulisan yang disiar secara penuh tanggung jawab oleh Ummi Hafilda tentang bertapa rakusnya wang Negara diselewengkan serta perhambaan sex berluasa ?. Jika belum Klik http:// Srikandi7.blogspot.com sekarang. Mesti baca.
Jika Fakta tidak itu diambil kira sebagai satu bentuk pemerintahan yang membawa kegagalan maka saudara tergolong sama kedunguan dengan mereka yang menguasai Pakatan.
Minta ampun dari Tuhan Jauhilah dari Pakatan memerintah Negara ini . Jika mereka yang melakukan songsang dapat memegang kuasa diPutrajaya sudah tentu akan dilanda mala petaka yang besar nanti. Allahu Akbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan