Suhaimie Shafei ADUN Sr Muda Selangor semakin menambah beban kepada Tan Sri Kalid Ibrahim apabila semakin kerap demonstrasi dari kumpulan rakyat disana sini dinegeri itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ADUN itu kerana dianggap derhaka kepada Sultan Selangor.
Suhaimie yang dikatakan lebih lajak dari laju itu menjadi semakin beban kerana ia menyukarkan kerajaan negeri menenangkan keadaan dan menyebab setiap kali rakyat berdemo nama Kalid terseret sekali. Berbagai isu baru dimuatkan dalam demo menentang Suhaimie dipekejkan sekali terutama Isu kepimpinan menteri besar yang lemah, derhaka dan berbagai lagi. Suhaimie itu hanyalah sebagai landasan yang laris untuk diadakan demo.
Jika berpanjangan demo itu nanti apa akan terjadi?. Akhir demo itu sudah pasti tidak berskesudahan hanya menghalau Suhaimi balik kekampung atau keluar dari kawasan Sri Muda. Lanjutan kepanasan isu itu dan sambutan diterima maka ia beralih arah supaya Kalid pula berundur. Demo mendesak kalid meletakan jawatan. Gambar-gambar Kalid pula akan dibakar.
Sebab itulah Anwar mendiamkan diri kerana dia sendiri tahu bahawa gerakan reformis diSelangor sangat nekad jika sesuatu idea mereka fikir benar dan mula bertindak. Azmin juga mendiamkan diri kerana ini satu peluang .
Jika begitu tidak hairanlah jika Kalid meminta Suhaimie meletakan jawatan sebagai ADUN Sri Muda. Lebih mudah menghadapi PRK dari menghadapi masalah yang ditanggung oleh Kalid terhadap isu Suhaimie derhaka.
Ternyata Isu Suhaimie telah meletakan Kalid Ibrahim mendukung biawak hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan