DS Anwar mencabar PM Najib untuk berdebat dengannya (satu lawan satu ) sebagai reaksi kepada kenyataan PM Najib semalam mengatakan pelan 100 hari itu hanya populis tidak berasas dan hanya satu janji merugikan anak cucu rakyat Malaysia. Anwar berkata Pakatan hanya memerlukan 19.2 Bilion melaksanakan pelan 100 hari itu. Langkah pertama melancarkan perang anti rasuah yang menyebabkan ketirisan anggaran hasil 28Blion wang negara.
sinar harian.com.my
CATATAN PINGGIR
Pertama, Tidak perlu PM Najib turun berdebat melayani hayalan DS Anwar yang tidak berpijak diatas realiti itu. Ia adalah satu usaha mengalih pandangan rakyat terhadap masalah peribadinya yang berkecamuk sahaja.
Kedua, Pakatan telah membuka tajuk ini ketika konvensyen Pakatan diPulau Pinang hujung tahun lepas sebagai memulakan debat. Sekarang debat itu berjalan dan banyak perkara tidak dijawab oleh pakatan dengan jelas. PM Naib memangkah bahawa pelan 100 hari itu hanyalah populis.
Ketiga, Anwar harus buktikan secara terperinci secara terbuka mengapa tidak dikatakan populis. Dari mana 19.2 bilion itu boleh dijana. Apakah belanja bagi 19.2 bilion itu nanti. Dari mana 28 Bilion anggaran rasuah yang dikatakan tiris itu?. Buktikan.
Keempat, Bagaimana untuk membersihkan rasuah jika wang Bank Negara diselewengkan seperti apa yang didakwa oleh Ummi Hafilda 3 bilion untuk 20 akaun. Persoalan Ummi itu tidak terjawab. Sedangkan kerajaan pam 60 bilion untuk pemulihan ekonomi sukar untuk menganjak ekonomi. 19.2 bilion hanya 1/3 dari jumlah itu untuk mengubah 10 perkara yang besar termasuk kenaikan gaji guru 500 ringgit seorang kepada 400,000 orang. Tentera dan polis serta kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang tidak dinaikan gaji tidak terjawab.
Kelima, sebenarnya pelan 100 hari itu hanyalah satu janji kosong untuk meraih sokongan. Jika benar nyatakan secara jelas kepada rakyat supaya dinilai. Jika logic mungkin rakyat dapat menerimanya.
Keenam, Tidak payahlah mengajak Perdana Menteri berdebat pada perkara yang semuannya tidak diasaskan kepada batu pijak reality melainkan hayalan dan pungkor sahaja.
Ketujuh, Sebagai calon PM Pakatan dicabar menyelesaikan masalah kekalutan yang terjadi diPulau Pinang, dimana kaum India dan Melayu ditindas. DiSelangor sebagai penasihat ekonomi apa janaan ekonomi yang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Apa yang diketahui, kebajikan orang miskin pun tidak ada dalam dasar PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan