Januari 10, 2011

PULAU PINANG – KERAJAAN SAMSENG DAN MAFIA YANG GANAS





Seorang ADUN tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif untuk menjalankan operasi penyitaan bangunan atau merampas hakmilik individu sesebuah premis perniagaan atau lain-lain hakmilik. Kuasa-kuasa itu hanya diberikan kepada kakitangan penguat kuasaan Majlis Perbandaran. Walau pun kuasa diturun kepada penguat kuasa tetapi ianya harus mengikut prosedur yang betul seperti notis yang cukup dan sebagainya.

Bidang kuasa ADUN hanyalah sebagai jemaah membuat keputusan mesyuarat jika ADUN itu seorang Ahli Majlis Perbandanran berkenaan. Jika tidak berada sebagai Ahli Jawatankuasa perlesenan atau ahli mesyuarat penuh Majlis perbandaran kedudukan ADUN itu langsung tidak relevan. Begitu juga dengan jawatan dalam mana parti politik hanya boleh menyuarakan kepada Majlis Perbandaran. Jika Ahli-Ahli politik boleh berbuat demikian hancurlah negara.

Merujuk kepada kes Ng Wei Aik di Pulau Pinang yang bertindak menjadi kepala samseng kerajaan DAP merampas perkakas hakmilik premis perniagaan nasi kandar itu adalah satu tindakan liar yang sangat bertentangan dengan undang-undang. Tindakan dengan memulakan perkataan menghina menghalau pemilik perniagaan ' balik India' itu sangat teruk, apa lagi merampas peralatan premis berkenaan. Pihak yang terinaya harus tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebagai ADUN dan Setiausaha DAP yang mengganas dan liar menjalankan hukum rimba itu telah melakukan kesalahan yang berbagai seperti mengugut, menghina, menceroboh dan merampas hak orang lain secara salah.

Walau pun parti DAP dan PKR dapat menguasai Pulau Pinang melalui pilihan raya umum tetapi bukan semua perkara menjadikan mereka mutlak dan kuasa tampa batas kerana rakyat dilindungi oleh undang-undang.

Kerajaan ala mafia, zalim, tidak berperi kemanusiaan, diskriminasi serta bersikap samseng wajar ditolak oleh rakyat. Masyarakat Melayu dan India serta kaum China serdahana harus menyedarkan antara satu dengan lain bahawa DAP dan PKR adalah terdiri dari mereka yang ekstrim dan ganas jika dibenarkan menguasai negara.

Mana dia suara Penasihat PKR ?.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan