Januari 03, 2011

MATI KATAK – PERTAHANKAN KARPAL SINGH ?




Bahasa mengenal bangsa. Tetapi jika sudah tidak berbangsa  tiadalah bahasa. Bahasa hanya ada pada bangsa. Geli hati ada, malu pun ada, kecewa juga tetapi yang paling besar adalah kekesalan bila ada seorang bertaraf Ahli Parlimen Islam terlalu rendah harga dirinya.

Saya tidak pernah terfikir ada Ahli Parlimen yang setolol ini ada diparlimen mewakili sebuah parti yang berjuang menegakan Negara Islam. Mengapa begitu rendah dan murahnya harga diri hingga sanggup mati kerana mempertahankan seorang yang berulang kali secara mati-matian 'langkah mayatnya dahulu jika hendak menubuhkan Negara Islam?'.

Sia-sialah perjuangan orang terdahulu bermatian merebut kemerdekaan  jika ada generasi selepasnya meletakan diri yang rendah hingga sebegitu dhaif. Sudah tentu mereka berniat bahawa generasi selepas mereka  akan berdiri teguh dan punya harga diri sebagai anak merdeka.  Apakah kemerdekaan itu?. Kemerdekaan itu adalah bebas dari perhambaan, ada harga diri dan tidak terbelenggu dari 1001 macam kedhaifan.

Jika sanggup mati kerana mempertahankan seorang yang engkar kepada Allah swt (kafir) apa maknanya?.  Bukankah itu diibaratkan sanggup mati katak?.  Suatu kematian yang tidak perlu dihargai.

Allah swt menuntut umat Islam berjihad menegakan syiar dan tauhid. Jika mati kerananya  Allah swt hadiahkan mati syahid. Sebab itulah dizaman Rasulullah berebut-rebut kemedan peperangan mengejar mati syahid. Umat Islam berkembang empayar kerana kesedian meraka mati syahid. Alangkah malangnya didunia akhir zaman ini ada umat Islam sanggup mati kerana mempertahankan kekafiran.

Bila seseorang sanggup mati kerana mempertahankan seseorang sahabat politik yang diketahui secara terbuka  idealoginya  menentang Islam alangkah malangnya umat Islam. Jadi kita dapat menilailah Pas itu bagaimana. Oleh kerana Ahli Parlimen itu seorang pemimpin Pas maka karakter itu boleh dikatakan bahawa imej keseluruhan kepimpinan parti itu.  Seekor kerbau berlumpur semuanya terpalit lumpur.

Jika itu rupa bentuk kepimpinan parti itu saya menyeru jauhilah diri dari memberi peluang kepada mereka berkuasa dinegara ini.  Tidak terupaya kita nanti menjadi  rakyat sebuah Negara melihat pemimpin yang sanggup mati katak kerana gilakan kuasa.

Berpesanlah kepada rakan-rakan kita jauhilah mereka yang tidak ada harga diri itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan