Pengarah Sisasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DS Mohd.Bakri Zinin kata Polis sedang bincang dengan Peguam Negara (AG) kes Shuhaimi Shafiei yang menghina dan menghasut agar orang ramai menentang institusi raja melalui laman blognya. Pada masa ini polis masih lagi sedang menyiasat kes itu" katanya.
(Ruj; Utusan online Jan 15, 2011 /pol)
CATATAN PINGGIR
Kenyataan Pengarah JSJ itu melegakan banyak pihak khususnya rakyat Selangor bahawa ada tindakan lanjut dari lapuran rakyat kerana mereka setiap hari menunggu apakah perkembangnya.
Bukan apa majority rakyat mahu kes itu dijadikan teladan kepada jenerasi akan datang bahawa institusi itu mesti dipelihara, dihormati dan didaulatkan.
Sebahagian besar rakyat masih tidak memahami institusi raja berpelembagaan. Mereka tidak dapat membezakan antara institusi dengan raja itu sendiri secara peribadi. Walau pun nampak sama tetapi ada perbezaan sebenarnya.
Sepintas lalu, mengambil contoh sebuah institusi kewangan agar mudah kita fahami. Bank Negara itu adalah Institusi kewangan yang menjadi tunggak kepada ekonomi Negara. Ia satu lembaga yang dipercayai tentang urusan ekonomi dan pengurusan kewangan. Walaupun ada kepelbagaian bank dinegara ini tetapi segala keputusan adalah terlakluk kepada bank Negara.
Bagi menjalankan fungsi bank Negara itu ada set pengurusannya yang ketuai oleh gavenor dan berbagai pengurus serta kakitangan sebagai satu tim. Teguhnya bank Negara kerana ada kebijaksanaan manusia yang mengurusnya.
Bagaimana pun manusia yang menguruskan itu silih berganti. Datang dan pergi. Seorang gabenor akan sampai masanya diganti oleh orang lain. Tetapi Bank Negara tetap wujud selagi negara ini wujud.
Begitu jugalah dengan Institusi raja berpelembagaan. Raja itu tetap silih berganti tetapi institusi itu tetap kekal. Fungsinya, untuk menjadi tunggak kepada semua urusan manusia atau rakyat dinegara ini samada Parlimen, Badan kehakiman dan pentabiran awam . Institusi ini juga memelihara rakyat untuk berpadu, aman dan makmur.
Barang diingat bahawa institusi ini tidak memihak kemana-mana untuk kesejahteraan rakyat dan Negara. Seorang raja ia menjalankan tugas mengikut nasihat dari pakar-pakar yang betul. Mereka juga tidak memihak kepada politik kumpulan apa sekali pun yang digiat oleh rakyat. Tetapi jika rakyat tidak makmur atau kacau bilau mereka membuat keputusan.
Harus diingatkan juga bahawa seorang raja itu adalah seorang manusia yang mempunyai naluri dan perasaan. Mereka juga jadi tidak seimbang jika ditekan dan dihina. Jika dapat membezakan komponen dalam isntitusi raja berpembagaan itu maka mudahlah kita fahami perjalanannya. Ampun Tuanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan