Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran supaya semua pihak tidak memainkan isu perkauman dikempen PRK Tenang. Polis tidak komporomi dalam isu mengancam keharmonian kaum. Selesai PRK semua pihak balik yang tinggal dan susah adalah penduduk diLabis atau Tenang, katanya.
Ruj: Utusan online Jan 14, 2011
CATATAN PINGGIR
Pertama, Parti pembangkang tidak ada isu lain yang paling berkesan melainkan dua isu pokok menjadi kegemaran mereka iaitu isu perkauman dan agama. Mengapa tidak ada isu lain?. Isu itu paling murah dan senang dijaja dengan hanya gigi dan lidah sahaja. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mampu untuk memberikan pembangunan disitu walau pun mereka menang.
Kedua, Mereka juga sudah mengukur bahawa PRK tenang sukar untuk mereka menang kerana itu kawasan kubu kuat BN. Jadi mereka boleh tembak apa sahaja isu sensitif mana tahu jika tersilap mereka boleh menang. Jika mereka kalah, semua pihak BN gembira segala isu atau apa sekali pun tutup buku.
Ketiga, Jika Pakatan menang, berbulan-bulan BN menuding jari sesama sendiri akhirnya isu perkauman yang mereka lakukan dilupakan.
Keempat, Mereka sudah masak dan kenyang dengan amaran selama Pilihan raya tidak pernah tertangkap kerana melaungkan isu perkauman semasa kempen. Jadi mereka sudah lali gertakan seumpama itu.
Kelima, Pihak polis masih kekurangan alat atau teknologi yang boleh melengkapkan bukti untuk menyabitkan seseorang itu berkempen isu perkauman. Itu kita kena akui bahawa logistic polis masih banyak kekurangan keperluan teknologi yang menjadikan anggota polis itu lebih berkesan dalam membuktikan dakwaan.
Dengan itu amaran bukanlah satu menakutkan mereka sebagai penghasut, mereka akan terus berbuat demikian seperti apa yang berlaku setiap pilihan raya. Apa yang penting sekarang kita kena buktikan. Lain kali tidak perlu kata-kata angkat jari telunjuk pun mereka sudah kecut telur.
Mereka sedang tunggu banyak lagi amaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan