Dalam masa saya merayau saya tertarik dengan tulisan kawan lama yang satu ketika dahulu berada dalam satu tim B sekitar 1987. UMNO diharamkan masing-masing membawa langkah sendiri.
Entrinya, Bahasa mengenal bangsa. Bangsa melayu adalah antara beratus-ratus jenis yabg Allah swt jadikan diatas muka bumi dengan tanah airnya tersendiri. Peredaran masa, banyak bangsa yang pupus, ada tercatat dan banyak juga tiada dalam mana-mana catatan sejarah. Ada dikalangan bangsa itu bertukar dari nama asalnya meneruskan survival mereka.
Mengapa pupus?. Pertama, kerana mereka tidak terfikir bahawa bangsa mereka yang kuat boleh pupus. Kedua, kerana ketololan bangsanya. Ketiga, lahirnya golongan pengkhianat, penderhaka bangsa, alat pihak luar, kerakusan, ketamak- halobaan kepentingan diri berluasa, tidak mengakui bangsanya sendiri. Bagi bangsa Melayu, Melaka adalah singkapannya.
Bangsa melayu dapat dikatakan bangsa kerana ada bahasanya tersendiri. Budayanya tersendiri serta kepercayaan kepada tuhannya tersendiri. Seorang yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa melayu dan mengamal adat istiadat melayu diklasifikasikan sebagai bangsa melayu. Ingat, tiga komponen mudah iaitu Islam, Bahasa dan adat.
Sesuatu bangsa yang bertamadun akan membangunkan bahasanya sendiri mengikut persekitaran yang dinamik.Walaupun demikian mereka tidak pula etnosentrik malah terbuka. Bahasa yang dapat bertahan lama adalah bahasa yang dapat mengasimilasikan bahasa lain yang bertamadun mengikut persekitaran yang berubah.
Adat Istiadat lebih mendekati makna budaya atau cara hidup yang membezakan ciri-cirinya dengan etnik lain. Suatu ciri melayu adalah mempunyai ciri yang halus, tersusun, tersurat dan tersirat. Sopan adalah intisarinya. Kaya bahasa bukanlah memaknakan tutur kata sahaja tetapi ia bersalut keluhuran, keikhlasan, kesucian, akhlak dan moral serta akal budi. Pancaran dari itulah lahirnya kebudayaan.
Namun demikian sedang bangsa melayu hangat membina tamadun, terpaksa berhempas pulas menghadapi ancaman dari luar dan dalam. Dari luar menerjah masuk berniat jahat melenyapkan dentity melayu. Sentiasa ada penjuru cuba dibolosi.
Memusingkan kepada dari dalam lahirnya pengkhianat dari kepelbagaian factor social namun dapat dirumuskan sebagai faktor memburu kuasa. Hambatan itu menghalalkan semua cara samada bermoral atau tidak bermoral. Meminggirkan nilai agama, injeksi budaya haiwan yang tidak masuk akal, xenosentrik ia itu memuja budaya luar dan merendahkan budaya sendiri. Jika dibiar ia akan terus menular menyelimuti bangsa melayu.
Ada dua keadaan untuk mempertahankan kukuhan bangsa. Pertama secara berhemah dan mermoral. Kedua cara kebinatangan jika ianya kritikal. Manifestasi dari sifat kehaiwanan untuk membolos masuk merentap kekuatan bangsa itulah maka lahir golongan yang bersifat agresif ala 'Rambo' untuk mempertahankannya bermati-matian.
Golongan Rambo melayu ini tidak mengira apa cara jika mereka berpendapat bahawa sifat kebinatangan tidak boleh dihadapi dengan cara adab bermoral kemanusiaan. Cara berhemah akan menjadi 'lauk' mereka. Nah… kita lihat ! sekarang mereka bangkit dengan ganas mendepani apa sahaja. Mereka sudah masuk fasa 'jihad' menangkis dan menyerang. Sifat tunggu dan lihat tidak lagi mengizinkan apa lagi ia berhemah dengan kehaiwanan dalam memperkecilkan bangsa melayu.
Apabila peperangan sudah bermula, tiada suatu yang dapat menghalang cara. Sempadan harus dijaga dengan benteng tubuh. Terserahlah kepada Allah swt. Sebab itu niat kita mempertahankan agama, bangsa dan Negara kena betul. Selainnya kita berserah.
Dalam peperangan bahasa, budaya menjadi kecil. Budaya , bahasa dan agama dapat hidup dalam keadaan aman makmur. Sejauh ini, bahawa, agama, budaya bangsa itu dapat kembang kerana hasil kemakmuran pejuang terdahulu. Tetapi sekarang tidak dihargai. Dalam kondisi kecamuk anda tidak dapat bertahan soal bahasa, agama dan budaya, jangan cakap soal itu lagi. Kerana jika kita sendiri memihak yang mana?. Kerana apa?. Menagapa?.
Rumusnya, sekali lagi saya tekankan bahawa bahasa, agama dan budaya melayu itu dapat kembang dan menunjangi tamadun melayu dalam suasana aman damai. Dalam mengejar aman damai kadang kala semua dijadikan peluru dan benteng. Tidak hairan jika Rambo melayu menjadi bahasa kesat, kasar dan ganas dan tidak bermoral dalam menghadapi suasana melawan amalan hukum rimba. Bahasa digunakan sebagai peluru. Untuk mengeluarkan air dari telinga harusnya air juga.
Selagi ia berperinsip kebenaran dan keadilan ayuh teruskan serangan, jangan ragu. Kita tawakkal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan