Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor akan terus diadakan 24 Januari ini. Walau pun MB dan pakatan pembangkang sedar bahawa mereka tidak cukup dua pertiga tetapi usaha diteruskan dengan membelek senarai ADUN Barisan Nasional yang boleh 'dirunding' sekurang-kurang dua atau tiga orang bagi melengkapkan bilangan 2/3
Ketua Penerangan UMNO Selangor mengatakan bahawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (Pembangkang) tidak akan berpaling tadah menyokong usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 menerusi sidang tergempar 24 Januari ini.
"Kita sepakat untuk tidak menyokong usul tersebut, tetapi sama ada kita akan hadir atau tidak pada sidang itu nanti, belum kita putuskan lagi. Tunggu apa keputusannya apabila kita bermesyuarat nanti" katanya semalam.
Katanya lagi " Kita yakin tidak akan ada satu ADUN kita akan berpaling tadah dan perkara ini tidak akan berlaku".
Seperkara penting yang menjadi peringatan agar tidak terlepas pandang. UMNO – BN Selangor harus merujuk kepada pakar perundangan perlembagaan jika tidak menyokong usul tersebut. Segala aspek perundangan dari segi teknikal harus dikaji sebaik-baiknya dari semua sudut.
Persoalannya adakah 2/3 itu dikira dari jumlah semua ADUN diSelangor ? atau 2/3 itu dari jumlah ADUN yang hadir ?. Ini membawa dua keadaan. Jika 2/3 dari jumlah ADUN Selangor sejumlah 56 kerusi itu, BN bolehlah membuat keputusan tidak hadir.
Jika 2/3 itu dari ADUN yang hadir maka wajiblah ADUN BN (Pembangkang) Hadir. Jika 2/3 dari dari jumlah yang hadir dikira sebagai sesuatu usul itu boleh diterima maka jika ADUN Pakatan hadir semua 35 orang itu ia hanya memerlukan 23 kerusi sahaja untuk meluluskan undang-undang pindaan tersebut. Ini bermakna, BN Mesti hadir mendaftarkan diri.
Apakah status atau kedudukan ahli Dewan yang digantung dikira? Sebagai 56 kerusi itu ?. Ini semua tidak boleh dipandang ringan supaya tidak bolos. Kadang-kadang kita fikir berada dilandasan yang pasti tetapi teknikal menyebabkan kedudukan kita tidak boleh dikira.
Pandangan yang bernas dan wajar diambil perhatian. Anwar banyak muslihatnya.
BalasPadam