Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) nenerusi jurucakapnya Suryana Sastradiradja memberi ingatan " Jangan hanya melapur sahaja, nanti rosak hubungan kedua-dua Negara" katanya. Beliau menasihatkan supaya mendapat maklumat yang tepat untuk disiarkan.
KBRI menafikan tidak menerima sebarang lapuran dari sebuah NGO Kebajikan Pekerja Indonesia mendakwa adanya kes rogol seorang Pembantu rumah Indonesia oleh bapak menteri kabinet Malaysia.
Kes ini samar, hanya dilapurkan dilaman web- blog dan akhbar sahaja ketika mengulas dakwaan laman blog bahawa lapuran dari Migrant Care telah diserah kepada KBRI, Kedutaan AS dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Isu yang dimainkan oleh laman web-blog itu mendapat liputan meluas diIndonesia dan beliau mendapat banyak panggilan talipon oleh para wartawan Indonesia katanya.
CATATAN PINGGIR
Kes Lapuran tidak tepat dan tiada asas ini perbuatan fitnah, khianat serta niat jahat yang serius. Kes ini dikelaskan sebagai subersif yang cuba menghancurkan hubungan baik negara dan rakyat antara dua negara jiran Malaysia – Indonesia
.
Di Indonesia kita baru sahaja jernih dari kegawatan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia dan Laskar Merah Putih hingga menyebabkan hubungan rakyat menjadi tegang. Menyangkut hal ehwal perkerja ini suatu yang sensitif bagi rakyat Indonesia.
Dipercayai ini ada usaha secara halus untuk melangsungkan kepanasan suhu hubungan dua negara supaya sentiasa bergolak. Di Indonesia sesuatu isu yang sensitif sukar dipadam hingga apa yang tidak benar sekalipun sukar dinafikan dalam masa singkat kerana factor geografi dan kependudukannya.
Tujuan lapuran ini melastik dua ekor burung dengan sebiji batu. Pertama untuk mencemar nama baik kepimpinan UMNO dan Kerajaan Malaysia dan kedua mahu mengeruhkan hubungan antara Malaysia Indonesia.
Oleh itu, pihak yang bertanggung jawab wajar menyiasat dan mencari punca lapuran ini hingga kelubang cacing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan