Pindaan Perlembagaan negeri tetap diteruskan pada 24 Januari ini. Jika BN sepakat tidak hadir sebagai protes sudah pasti keperluan 2/3 majoriti tidak tercapai kecuali ada pengundi hantu. BN pasti menolak kerana pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan Persektuan. Sebarang yang bercanggah dengan Perlembagaan itu pasti akan dengan sendirinya terbatal. Oleh itu mereka buat kerja yang sia-sia.
Apa yang dilihat, diulas dan perkatakan sekarang jelas menyatakan bahawa sidang DUN itu hanyalah satu mesyuarat parti politik pembangkang , bersidang didalam bangunan Dewan Undangan Negeri bagi melahirkan satu resolusi.
Bagaimana pun ada dikalangan PKR dan Pas sendiri tidak setuju sidang itu diteruskan kerana mereka juga mengetahui keputusannya ditolak. Namun demikian ia juga merupakan satu game untuk menolak Khalid keluar, jika mesyuarat dewan itu gagal. Khalid menanggung risiko sangat besar selepas sidang dewan ini nanti.
Siapakah yang bersungguh-sungguh untuk meminda perlembagaan itu diteruskan?. Mereka adalah DAP dan seorang dua dari Pas dan PKR. Mengapa dia dipinda?. Ada muslihat jangka masa panjang DAP dan rasa tidak puas hati seorang dua Pas dan PKR terhadap Datuk Khusrin yang dilantik sebagai SUK.
Ramai dikalangan dalaman PKR dan Pas sendiri tidak bersetuju dengan cara Khalid menangani isu perlantikan Khusrin berpanjangan sehingga mereka dipandang serong oleh sebahagian besar rakyat.
Ada dikalangan mereka mengatakan jika Khalid gagal dalam pindaan ini ia harus berundur sebagai MB Selangor. Penolakan usul itu bermakna menolak Khalid memimpin negeri. Diluar perjumpaan sulit diadakan bagi menolak Khalid keluar kerana berpendapat MB itu tidak lagi berwibawa memegang kuasa negeri kerana berselisih dengan Sultan dan anggota pentadbiran awam.
Cuba kamu fikir (seorang namanya tidak mahu disebut) " bagaimana mesyuarat Exco tidak dihadiri oleh setiausaha kerajaan negeri? " katanya. " Ini tdak pernah berlaku dalam sejarah. Lim Guan Eng itu DAP bertapa anti melayu dan Islam, tetapi untuk mesyuarat Exco dia berkerjasama, dalam hati lain kira" katanya lagi.
Satu lagi perang besar selepas 24 Januari ini akan berlaku. Cili kasi taruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan