Januari 19, 2011

PANAS BERAPI - DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TIBAI EXCO KERAJAAN SELANGOR



                                                   maaf tersilap gambar 


Dewan Pemuda Pas  Pusat, Ketuanya Nasrudin Hassan  mahu supaya peraturan, undang-undang Syariah wajib dipatuhi oleh kerajaan negeri.  Sekiranya  tidak dihiraukan oleh pemimpin terutamanya, peraturan dan undang-undang itu akan dipersendakan. Pemuda Pas mahu supaya semua PBT melaksanakan enakmen negeri itu bukan MPSJ sahaja .
  
DPPP Pas membuat kenyataan itu memandangkan semalam,  Menteri Besar  Selangor TS Abdul Khalid  dilihat melindungi exconya Ronnie Liu dengan mengatakan bahawa tiada sebarang arahan menarik balik syarat larangan terhadap orang Islam berkerja  dipremis yang menyajikan arak. Nasrudin menyifakan tindakan Ronnie telah menyinggung umat Islam ketika membuat kenyataan kepada  Utusan Malaysia.

Ref: Utusan Jan 19 2011/5



CATATAN PINGGIR

 Itu dia bunyinya,  bukankah  cerah dan tidak didalam halkum suaranya. Tiada sangkut dan lawas.  Pemuda Pas Pusat menghentak kepimpinan Pakatan Pembangkang Selangor yang diterajui oleh PKR.  Ini bagi membantu Dr Hassan Ali yang terkurung  oleh MB, Ronnie Liu, Teresa Kok dan  seorang pemimpin Pas bertaraf Ahli Parlimen dinegeri itu yang serius mahu ia dihentikan  
.
Kerajaan negeri sangat takut kehilangan pengaruh dan sokongan dari pengusaha  setiap peringkat penjualan arak maka mereka berdolak dalek atas berbagai alasan. Ia merangkumi  soal kehilangan pekerjaan pendapatan kepada mereka yang terlibat,  pendidikan secara beransur dan memberi   masa kepada pihak yang terlibat dan sebagainya.

Pada hal sudah setahun masa telah diberikan kepada semua pihak yang terlibat agar bersedia dan mengambil langkah-langkah tertentu. 

Sebenarnya  mereka telah dipengaruhi oleh DAP agar tidak melaksanakan hukum itu kerana DAP cukup takut perlaksanaan hukum Islam secara beransur  dalam system perundangan negara. Mereka cuba menghalang sedaya upaya agar undang-undang itu tidak berganjak. Jika banyak sudut dikawal oleh perundangan Islam menjadi kuasa DAP sempit  dan terbatas.

Itulah kebimbangan sebenar DAP.   DAP pastinya menggertak MB supaya  meneruskan cara lama untuk mendapat sokongan pengusaha-pengusaha  pembuatan, pengedaran dan penyajian arak kerana menjejaskan pendapatan mereka.

Dengan  suara Pas yang lantang seperti  DPPP itu menjadikan Kalid MB semakin tersepit dan binggong. DPPP itu  menjadikan keadaan PKR dan DAP  semakin parah pada pandangan umat islam dinegeri  Selangor.



2 ulasan:

  1. salam.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    BalasPadam
  2. salam mohon link /banner
    http://wicararumi.blogspot.com

    BalasPadam