Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim isytihar kerusi Pelabuhan Klang kosong kerana penyandangnya Badrul Hisham Abdullah dikatakan tidak hadir disidang DUN Selangor dalam tempuh enam bulan dari julai 2010 hinnga Jabuari 2011. Ia selaras dengan Undang-undang Tubuh negeri Selangor 1959 dibawah Artikel 69 Perlembagaan Negeri.
Secara Ringkas, artikel itu menyatakan jika tidak hadir enam bulan tampa kebenaran Speaker hendaklah dikira kosong. Chang Kim akan mengemukakan keputusan itu kepada SPR. SPR pula sedang menunggu surat rasmi dari Sepeaker DUN.
Ref: Utusan Jan20, 2011 (3)
CATATAN PINGGIR
Oleh kerana ADUN itu cuai dan tidak mengambil peduli tentang kedudukan dirinya dicadangkan ianya tidaklah payah merayu dan terimalah keputusan itu secara terbuka dan jadikan pengajaran kepada diri sendiri serta member pengajaran kepada orang lain bahawa cuai mendatangkan mudharat. Tidak guna dipertahankan jika seseorang pemimpin itu tidak tahu tanggung jawabnya sendiri. Jika mempunyai sebab yang kukuh, ia mesti dibuktikan supaya supaya jelas kedudukannya. Alasan yang longgar akan member kesempatan kepada musuh untuk mengeksploitasi keadaan dirinya.
Kedua, Ianya satu lagi pengajaran kepada bangsa melayu-Islam kuasa bila terlepas tangan sedikit demi sedikit akan dipinggirkan dengan berbagai cara samada menerusi tafsiran undang-undang yang sah atau tidak dan bermoral atau tidak. Saki baki yang ada akan dipupuskan secara teori domino. Cakap mudahnya makan satu, satu atau sembeleh seekor demi seekor.
Ketiga, Pihak lain akan memperalatkan melayu 'dungu' untuk mencapai gol mereka secara bijaksana, tersirat dengan menjolok emosi agar fikiran mereka lemah dan menjadi pak sanggup kepada proses penghalalan cara mereka. Mereka sedar segelintir melayu itu akan teruja dengan jawatan dan kuasa tetapi kuasa itu bukan untuk manfaat bangsanya sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri sahaja.
Keempat, Mengambil contoh diPulau Pinang dan Selangor kuasa melayu yang berjuang untuk melayu-Islam telah minoriti didalam DUN negeri berkenaan. Jika lembab, cuai, sambil lewa dan tidak sensitive pada ancaman, kerusi mereka boleh dikosongkan dengan amat mudah. Jika lantang mereka akan digantung supaya sentiasa kucar kacir langsung mengecil.
Kelima, Strategi halus Singapura berjalan lancar tampa menoleh kebelakang meniti diatas belakang ketololan bangsa melayu yang berbeza puak dan berbeza matlamat. Bilangan mereka walaupun tidak sampai 30 persen dan berbeza puak tetapi mempunyai persamaan matlamat boleh jadi minority menguasai majoritas.
Keenam, mana-mana ADUN yang lantang bersedialah akan dikorek hingga kelobang cacing segala tindak tanduk masa lampau. Soalnya manusia mana tidak membuat kesilapan jika didalam kuasa. Contoh terdekat adalah Bapak Dr. Khair Toyo.
Ketujuh, Jika mereka melakukan kesilapan, walau pun sejuta lapuran dibuat tetapi suatu pun tidak berkesan. Sekarang banyak institusi kuasa yang diwujudkan kepimpinan melayu sendiri telah menjadi 'senjata makan tuan'. Jika pro kerajaan BN begitu pantas disiasat dan didakwa dan jika pro penentang satu pun tidak terdengar didakwa. Contohnya, kes curi pasir diSelangor apa hasilnya?.
Rumusnya, Kes ADUN Pelabuhan Klang adalah sekolah dan buku terbaik bagi umat melayu bagaimana cara paling mudah menghakiskan kekuasaan orang melayu ditanah airnya. Apakah melayu mengambil pelajaran darinya. Apa yang pasti ramai dikalangan melayu sendiri bertepuk tangan kerana dendam kesumatnya terbayar.
salam Tuan...saya dah link dan follow blog Tuan...TQ
BalasPadam