Januari 19, 2011

GEMPAR – PAS JOHOR MENGAKU KALAH DITENANG


                                                                 khairul faizi


Ketua Pemuda Pas johor  Khairul Faizi Ahmad Kamil mengakui  Pas sukar menakluki Tenang kerana kerusi itu kubu kuat BN. " Kita akui apa yang diakatakan oleh Penasigat DAP Lim Kit Siang dan kita perlu melihat dari sudut sejarahnya  diTenang dan kekuatan yang ada pada UMNO" katanya. "Pada hakikatnya Pas sudah mengetahui" katanyua lagi.

Ref: Sinar H Jan19,2011 /N5



CATATAN PINGGIR

Pertama,  Kenyataan Pas itu cukup bahaya kepada  BN. Ia boleh menjadikan BN kembang, perasan, terlebih yakin, tidak berekerja keras kerana tiada atau kurang cabaran serta menunggu kemenangan secara usaha yang lebih kecil.

Kedua,  oleh kerana Pas menyedari kelemahan mereka maka akan mencurahkan segala tenaga dari seluruh Negara disaat-saat yang tidak terduga oleh BN. Mereka sentiasa mengaku kalah dan hanya untuk mengurangkan sedikit majority BN yang menang. Sebenarnya, mereka sedang mencari kemenangan.

Ketiga,  Keadaan ini berlaku dibanyak tempat yang menjadi pengalaman Pas dan BN sendiri.  Mengapa Galas BN menang agak besar ?.  Kerana BN sedar bahawa itu kubu Pas dalam negeri yang diperintah oleh Pas adalah sukar sekali untuk menang.  Desakan dari rasa kalah itulah BN meningkatkan undi sedikit demi sedikit  dengan  penuh azam.

Keempat, psikologi menang ini cukup bahaya dalam apa-apa jua persaingan. Kerana pemenang  biasanya dikaitkan dengan sindrom selesa dan 'terapong-apong' . Terlalu sukar untuk menerangakan kepada orang yang banyak duit bagaimana perasaan tiada duit !.  Mereka tahu susah itu tetapi rasa susah itu tidak dapat diraba dengan hati.

Kelima,  Apa yang BN harus fikirkan sekarang ?  mereka perlu  mentafsirkan kenyataan pemimpin Pakatan itu  sebagai terbalik.   Sebenarnya BN yang  kalah kerana banyak sebab.  Kenyataan PAS dan DAP itu ada makna yang tersirat.  Tersalah tafsir menang sorak kampung tergadai.

Mengapa Presiden Pas yakin Pas akan menang  ?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan