DS Anwar Ibrahim cabar PM Najib debat mengenai peribadi jika peribadinya terus diungkit. "Saya cabar debat soal ekonomi tetapi beliau (PM) cakap peribadi, tetapi kalau nak debat peribadi saya terima" katanya ketika menyampaikan ceramah diTaman Gunung Emas Labis malam tadi.
Ini adalah sebagai kenyataan balas DS Anwar apabila Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan hanya membuang masa kerana pembohongan Ketua Pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji. " Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang y ang demam nanti (sambil memerhati kiri kanan) esuk ada yang terlondeh" kata PM minggu lepas.
ref: -MSIDER Jan 23,2011
CATATAN PINGGIR
Kenyataan PM Najib minggu lepas menimbulkan kesan mendalam kepada DS Anwar Ibrahim. Beliau tidak boleh tahan dengan pukulan PM itu. Lantas melompat membuat cabaran baru dari debat ekonomi dasar 100 hari kepada debat hal-hal peribadi.
DS Anwar sedaya upaya cuba mengheret PM Najib untuk berdebat tidak kira apa tajuk sekali pun samada tajuk ekonomi atau tajuk peribadi. Langkah terdesak untuk debat itu bertujuan mengalih pandangan dari masalah peribadi dan partinya PKR yang sedang berserabut sekarang.
DS Anwar, sangat rasa sangat terhina apabila PM Najib menolak untuk berdebat dengannya. Ya.. memang rasa menyalak bukit bila cabaran tidak diindahkan kerana PM Najib tidak mahu membuang masa pada perkara yang langsung tidak berfaedah itu. Rakyat bukan mahu melihat kehebatan debat tetapi melihat apakah pencapaian kerajaan yang diberi mandat oleh majority rakyat.
Debat bukan lagi taraf Perdana Menteri untuk turun sama kepentas membicarakan polisi yang tidak masuk akal itu. Sebaliknya kerja-kerja debat itu lebih sesuai kepada idealisma kepemudaan organisasi. Sebaliknya, ada banyak landasan terbuka untuk berdebat bagi seseorang pemimpin parti politik. Contohnya di Parlimen sentiasa terbuka untuk berdebat. Memang Parlimen itu khusus untuk kaki debat. Apa pula perlunya debat diluar parlimen?.
Perdana Menteri adalah seorang paling istimewa sekali kerana kedudukannya paling strategic. Strategik dapat melihat berbagai sudut dalam apa jua yang berlaku terhadap negara samada ekonomi, politik, agama, sosio budaya dan antarabangsa. Strategik kerana mempunyai berbagai susun lapis agensi yang memberi maklumat sesuatu bidang. PM adalah orang yang paling tahu situasi mana negara berada berbanding dengan mereka yang duduk dilurah yang pandangannya agak terhad diruang lingkup yang terbatas.
Sangat tidak bermakna jika melayani satu perancangan yang hanya teori, hayalan yang tidak berpijak diatas bumi nyata. Debat peribadi hanyalah suatu usaha kembali keperingkat kebudak-budakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan