Januari 22, 2011

GEMPAR- N.GOBALA KRISHNAN MINTA PECAT BERSYARAT – MACAM MANA ITU ?.

.


Ahli Perlimen Bangan Serai lebih rela dipecat keahliannya daripada PKR  tetapi bersyarat katanya. Gobala enggan menjawab surat tunjuk sebab setebal 45 mukasurat yang diserahkan oleh PKR dua minggu lalu. Beliau rela menerima apa sahaja keputusan dalam masa terdekat katanya.

" …Jawab dahulu soalan saya mengenai meminggirkan kaum India dan mengarahkan penutupan Kuil Sivan diBukit Gasing"  katanya sebagai syarat dia dipecat. Gobala juga sudah berjinak dengan parti KITA dengan menghadiri pelancaran parti 19 Januari lalu.

Sinar H, Jan22, 2011 /N4



CATATAN PINGGIR

Gobala sudah nekad meninggalkan PKR kerana kepincangan PKR yang tidak dapat diatasi lagi. Bagaimanapun, beliau mahu supaya keahliannya disingkirkan dengan cara dipecat. Hati Gobala tidak lagi pada PKR kerana parti dikiranya sebagai diskriminasi terhadap orang India diMalaysia.

Memang benar, PKR memperalatkan orang India dalam membangunkan parti itu. Setelah mendapat sedikit faedah PRU2008, Orang India dianggap sebagai 'kucing kurap'. Ini bukan sahaja dalam janji-janji pilihanraya malah kedudukan dalam jawatan kepimpinan juga dipinggirkan. Jika ada pun hanyalah kosmatik sahaja.

PKR menjadi serba salah dalam hal ini sebab Gobala adalah ahli Parlimen Bagan Serai.  Itulah mahalnya harga Gobala kepada PKR. Jika Gobal dipecat bermakna jumlah Ahli Parlimen PKR makin sayup menurun jumlahnya. Jika disimpan, PKR pula mendukung biawak hidup. Mahu tidak mahu Gobala pasti dipecat. Paling rendah hukumannya digantung keahliannya. Jika  digantung, Gobal terpaksa bertindak keluar sendiri.

Masyarakat India tidak lagi boleh bergantung harap kepada PKR. Jangan jadikan diri sebagai jambatan untuk orang meniti diatas belakang. Begitu juga DAP, sama memperalatkan orang India, lihat sahaja diPulau Pinang apa terjadi diKampung Buah Pala. Satu kes menyayat hati tanaman dikebun sekeluarga India Miskin diatas tanah kosong kerajaan dimusnahkan menjelang petang Deepavali. DAP Kejam.

Sebaliknnya orang India satu ketika dahulu bersatu dibawah MIC, keluar parti itu tidak tahan dengan tingkah Presiden MIC DS Samy Vellu. Tetapi sekarang DS Samy telah bersara, maka kembalilah kepangkal jalan kerana kerajaan BN sentiasa memberi perhatian kepada semua .



1 ulasan:

  1. salam Tuan
    kitorang geng lepas spm
    kitorang tak pandai macam Tuan
    tapi kitorang nak tulung lawan
    mak kitorang suruh lawan gak pembangkang ni
    tq

    BalasPadam