Januari 03, 2011

HANGIT – SELANGAOR SUDAH DITAWAN BN




MB Selangor TS Kalid mengadakan mesyuarat  hari ini berhubung dengan langkah-langkah perlu diambil atas perlantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai SUK negeri yang baru berkuat kuasa hari ini 3/1/10. Disamping itu mengadakan banyak perbincangan dengan berbagai pihak termasuk dengan Istana tentang tanggung jawab Khusrin.

MB perlu tahu tentang bidang kuasa setiap anggotanya agar tidak dipersalahkan nanti. Ts Kalid menyesali bahawa seorang ketua tidak boleh menentukan p[asukan kerjanya sendiri. ( Utusan online 2/1/10/Pol)


CATATAN PINGGIR

Mesyuarat apa lagi?. TS Kalid MB Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat demi mesyuarat kerana kejutan letrik perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor. Dalam masa yang sama Khusrin bolos juga melapur diri sebelum matahari terbit pagi tadi .  Khusrin berolak dari rumah ketika MB sedang lena lagi. Pegawai yang cekap.

Habis apa jadi ?.  Itulah mempolitikan isu kuasa perlantikan SUK adalah satu penghakisan 'falsafah pengasingan kuasa' oleh pakatan pembangkang. Mereka tidak ada pengalaman langsung mentadbir negeri sebagaimana BN yang telah memerintah sejak merdeka lagi.  Apa dia orang buat?. Adakah mereka lantik diri sendiri SPA kah..kah..kah..

Jika mereka mengatakan bahawa perlantikan Khusrin itu mengancam kuasa politik Pakatan diSelangor maka dengan selesainya lapur diri Datuk M Khusrin itu maka Selangor sudah ditawan oleh BN. De Facto Selangor sekarang adalah BN. Secara tidak langsung MB hanyalah sebagai Pengerusi non-executive  jika dalam syarikat. Kuasa eksekutif terletak kepada jentera kerajaan.   Sudah terlewat, memang sepatutnya MB menyesalinya.

Jika ingin tahu bidang kuasa masing-masing dalam kerajaan negeri itu panggilah pengawai undang-undang beri taklimat dan nasihat.  Sudah hampir pilihan raya semula itu pun tidak tahu dimana sumber lagi?. Janganlah lantik mereka yang sama-sama kelabu buat keputusan.

Mesyuarat apa lagi langit sudah runtuh atas kepala. !!!. kah..kah..kah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan