Januari 12, 2011

KAIN RENTANG – PAKATAN HARUS TANGGUNG BAHANA





Ahli Parlimen Shah Alam Khaled Abdul Samad, menafikan  Pas, PKR dan DAP bahawa tindakan derhaka menggantung kain rentang anti Sultan kerana campur tangan dalam pentadbiran negeri Selangor. Kain rentang itu digantung dikawasan pilihan rayanya seksyen 9 dan 13.

Ketua AMK Negeri Selangor Khairul Anwar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Pucung P.Saravena dan ketua AMK Klang Mat Irwan Mat Ismail membuat lapuran di IPD Shah Alam petang semalam juga menafikan mereka terlibat.

Ref: UtusanOnline Jan12,2011/pol.



CATATAN PINGGIR

Tiba-tiba meletup isu menggantung kain rentang. Sedang semua orang pening siapa yang yang melakukannya ?  sudah ada pihak mati- matian tidak mengaku. Ribut tidak hujan tidak tiba-tiba petir berdentum.

Teringat cerita Bro Hussin Lempoyang kisah orang kentut naik teksi. Apa bila bau terlalu kuat pemandu teksi bertanya "siapa kentut kuat sangat bau ini ?" kesemua penumpang didalam teksi itu tidak mengaku. Apabila sampai, semua hendak turun semua membuat bayaran. Pemandu teksi mahu juga tahu siapa kaki kentut itu, lalu bercakap kuat "yang kentut tadi tidak berbayar".  Tiba seorang dari mereka mengatakan " saya paling awal sekali bayar". Pemandu teksi.. kah..kah..kah..  "mengaku tidak mengapa".

Dalam cerita ini dua-dua Khalid, satu dari PKR dan satu dari Pas dan ditambah likat oleh Suhaimi menjadikan Selangor gawat dengan Isu derhaka kepada Sultan. Sebab itulah sesuatu perkara harus berfikir panjang dan mampu melihat kesan kehadapan apabila pemimpin membuat sesuatu tindakan. Itulah yang dikatakan vision. Bila kata tidak ada vision  melompat.

Ibarat kepala keretapi bila kepala terlalu lancar bergerak semua gerabak akan lancar juga. Bila ada kecemasan kepala berhenti mengejut,  ekor dengan kepala berlaga. Ini memberi maksud bila pemimpin telah membina arus, pengikut secara terbuka dan senyap akan bertindak dan sukar dihentikan. Kerana pemimpin ada berbagai jenis pengikut. Sukar dikawal.

Nah.. sekarang bukankah jadi susah ?. Apabila berlaku seperti menggantung kain rentang itu semua kena berulang kebalai polis untuk melapur diri dan membersihkan diri.  Mereka yang tidak bersalah pun  terpaksa buat sama. Tetapi agak sukar untuk dipercayai kerana pemikiran masyarakat sudah dibentuk  persepsi bahawa pakatan menentang Sultan.

IIni yang dikatakan tiada beban batu digalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan