Januari 04, 2011

KEDAH – SEMUA MESTI OPTIMIS


                                                                perhimpunan agung -umno kedah menggariskan 7 strategi


Datuk Paduka Ahmad Bashah dan Datuk Mukhriz sudah mula dapat memperlihatkan UMNO  Kedah ketara dimata umum. Mukhriz optimis masalah dalaman UMNO dapat diselesai sebelum PRU.

Kepimpinan UMNO Kedah mula dapat menerima baik  Ahmad Bashah sebagai Pengerusi  UMNO negeri. Pemuda pula sudah Nampak 'garang' bertindak mempersoalkan  masalah moral  dimana ada unsur-usur yang tidak kena  kepimpinan Pas negeri

Sebagai pemerhati  dari kalangan beribu-ribu pemerhati yang mengikuti perkembangan tampa menyeluk kedalam sawah dan bendang situasi itu nampak baik dan ada peningkatan tercermin.  Ia perlu diteruskan secara konsisten.

Adalah diakui bahawa sangat sukar untuk menyatukan 100% jiwa manusia. Keadaan menjadi cukup baik jika dapat mengumpul terbanyak. UMNO-BN Kedah tiada pilihan melainkan menyerah diri untuk bersatu diluar dan didalam jika mahu parti mereka dihormati. Merapatkan jurang perbezaan dan menyatukan ketidak puasan dalam keadaan semua orang tidak puas.

Perubahan sedang berlaku. Kebijaksanaan seseorang adalah bersedia mengubah diri dan pemikiran sesuai dengan persekitaran. Berfikir cara lama dan bernostagia kezaman lampau  serta mundur dari perubahan yang sedang bergolek kehadapan bukanlah satu kebijaksanaan dan alamatlah tertinggal kapal.

Kejaguhan dapat diterjemah untuk memperkukuhkan organisasi bukan mempamirkan  gelagat crook yang menghakiskan organisasi atau rakus dan ego terhadap kepentingan diri. Dalam keadaan berubah orang yang bergerak songsang  dapat dipandang.

Jangan harap kemenangan perang untung dibagi-bagi. Anda sentiasa dipantau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan