Januari 05, 2011

KECOH HANGIT !! - MINYAK RON95 DAN DIESEL TIDAK NAIK




Bila saya melawat laman blog kawan-kawan agak terjongket juga mendengar harga bahan bakar naik,  kata mereka.  Jam 1.00 pagi saya terus melompat mencapai seluar jean dan hidupkan injin kereta terus menerkam stesen minyak berdekatan. 

Sesampai dikaunter saya terus bertanya adakah minyak naik?.  " ya naik bagi RON97, tetapi RON95 (kuning) dan diesel tidak naik" katanya.  Berapa kenaikan RON97 ?. dia kata naik 10 sen dari 2.30 kepada 2.40 sen. Ron95 berapa seliter?  (Lupa lama tidak mengisi minyak). Dia beri tahu kekal 1.90sen. Isi limapuluh.  Yang mana ?  biasalah minyak rakyat !   RON95 kuning itulah.  Ok katanya.

Fussh …lega rasanya. Ingatkan semua naik. Pasti besuk blog semua meragam. Masak menteri minyak.  Bukan senang hendak membersihkan rakyat naik minyak. Apa lagi kalau telinga penuh minyak. Kalau bibir berminyak tidak mengapa.  Buat pilihan raya pasti menang.

Tidak mengapalah RON95 memang pilihan kita rakyat biasa dan terbanyak. Begitu juga diesel ia melibatkan angkutan awam dan perdagangan. Kenaikan 5sen baru ini pun masih berserabut lagi kenaikan harga barang.

RON95 pun memadai kerana kita boleh sampai ketempat kita tuju.  RON97 itu pilihan mereka yang kaya dan berpendapatan tinggi, ahli-ahli perniagaan yang menggunakan wang syarikat dan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta yang biasanya memakai inden majikan. Buat apa pula kita yang pakai dari wang poket sendiri pilih RON97.  Membazir.

Rosak kereta ?.  Isssh belum teruji lagi. Kalau ada mana journal yang atau lapuran rasmi bahawa pakai RON95 boleh menjahanamkan kereta atau motosikal barulah kita percaya. Cakap mulut sajaha tidak boleh dipakai.

Jadi kita sama-samalah membetulkan balik apa yang sebenar. Nanti rakyat terkeliru pula. Kadangkala yang lebih cakap itu naik bas sahaja. Bila cerita minyak naik berbuih mulutnya. Itu yang bahaya. Macam Mahfuzlah kalau cerita ekonomi, tetapi bila MB kedah  liwat dia dalam Kedah Sato jadi angau pula.   Sudah meracau pula . Titik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan