Januari 05, 2011

ANWAR PUTAR ALAM JIJIK DAN KOTOR – S.NALLA KARUPAN


                                                                            gambar dari google ds anwar dan ds wan azizah


Datuk S.Nalla Karupan menawarkan diri untuk menjadi saksi perbicaraan DS Anwar Ibrahim diMahkamah. Semua perilaku  ketua umum itu akan dibongkar satu-satu nanti  kerana dia telah berkawan rapat dengan DS Anwar sejak 30 tahun yang silam. Sengaja beliau mendiamkan diri selama ini katanya.

Anwar yang disifatkan oleh  Nalla sebagai 'putar alam', kotor dan jijik itu telah dan akan diperalatkan  oleh musuh-musuh Negara demi kepentingan mereka. Pendedahan itu dibuat nanti  kerana cinta dan kasihnya kepada Negara . Katanya kepada Utusan semalam.

Beliau akan memberi keterangan latarbelakang dan hujah sokongan ini adalah supaya pihak mahkamah berpuas hati  tidak ragu-ragu membuat keputusan yang adil.  Ini juga memberi keyakinan kepada rakyat yang masih was-was berlakunya perilaku buruk dan songsang tokoh utama PKR itu.

Sementara itu, Karpal Singh pula diragui tentang kelayakannya sebagai peguam bela DS Anwar kerana kenyataannya tahun 1997 telah diselongkar semula . Pada ketika itu Karpal Singh mengakui bahawa DS Anwar ada melakukan hal sedemikian. Berbagai pihak mendesak supaya kelayakan  Karpal Singh dikaji demi keadilan .

Jika dilihat kepada perlumbaan fakta sokongan berbagai penjuru dikalangan seperti Datuk Nalla itu bermakna gambaran cerita sudah sampai ke anti klimeks.  Saksi-saksi menyatakan semakin sahih DS Anwar melakukan kerja terbalik kuang itu. Tidak cukup dengan itu, Ummi Hafilda juga melalui laman blog http://srikandi7.blogspot.com mendedahkan berbagai  selewengan DS Anwar semasa menjawat Menteri Kewangan  sebelum 2 september 1998.

DS Anwar telah menzalimi dirinya, Negara dan rakyat. Oleh itu sila bertaubatlah kata Ummi Hafilda. Seterusnya berundurlah dari politik. Tidak mungkin rakyat dapat menerima  kepimpinan no 1 negara jika demikian rupa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan