DS Abdul Hadi Awang Presiden Pas dengan suaranya agak jauh kedalam halkum, menyatakan bahawa Pas yakin merampas kerusi DUN Tenang pada 30 Januari ini, ketika ceramah sempena pengistiharan calon Pakatan Normala Sudirman diDataran Wayang Pacak, Markas Pas Labis. Hadir diMajlis itu Lim Kit Siang DAP, Wan Azizah Wan Ismail PKR dan Dr Mahfodz Mohamaed Pesuruh jaya Pas Johor.
Lim Kit Siang pula meningkah Hadi bahawa bukan mudah bagi Pakatan Pembangkang untuk memenangi kerusi DUN Tenang kerana Johor adalah kubu kuat UMNO. DS Anwar Ibrahim pula tidak hadir dengan alasan bahawa kes hobinya akan disambung semula dimahkamah.
Terdapat tiga bentuk gaya yang dapat ditelaah dari komponen parti pembangkang dalam menghadapi PRK Tenang kali ini. Hadi dengan keyakinanya, Lim Kit Siang dengan nada negatifnya dan Anwar dengan cara menjauhkan diri diperingkat awal ini. Tidak Nampak kesepakatan antara mereka seolah-olah mahu melihat Pas kalah.
Sepatutnya Lim Kit Siang walau susah bagaimana sekali pun menghadapi BN yang kukuh dikubu negeri Johor itu, dia sewajarnya memberi perangsang kepada Pas bahawa menang..menang..menang. Tetapi dengan nada itu sentimen dikalangan pakatan nampak hambar.
DS Anwar pula mengelak diri diperingkat awal ini seolah-olah tidak mahu memberikan sokongan moral kepada Pas dan calonnya. Walau pun DS Wan Azizah hadir tetapi tiada impak PKR.
Ada sesuatu yang tidak kena dapat dirasai oleh rakyat yang mengikut perkembangannya dari masa kesemasa. Pemerhati politik menganggap keadaan itu tidak dapat ditutup kepada umum . Ini adalah kesan dari pertemuan ' 10 mata' diIstana Terengganu 24 Disember tahun lalu.
Pertemuan antara PM Najib dan Ts Muhyiddin Yassin dengan DS Hadi Abdul Hadi Awang serta Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menimbulkan kesan mendalam kepada jiwa PKR dan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan