Januari 29, 2011

ANWAR ADA LINK DENGAN ALQAEDA DAN TALIBAN ?








PETALING JAYA 28 JAN : Parti Keadilan Rakyat meminta laman portal The Malaysian Insider memperbetulkan laporan mengelirukan bertajuk 'Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN', kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi dalam satu kenyataan medianya berkata berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda'.

"Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi," katanya.

Menurut Nik Nazmi lagi, bagaimanapun  hasil siasatan mendapati dakwaan Datuk  Seri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.

'Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: "Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal didapati tidak berasas."'

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tambah Nik Nazmi lagi,tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

"Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut," ujar Nik Nazmi.

C & P penuh dari http:// tvsnews.net


CATATAN PINGGIR

Tidak masuk akal PM Najib membuat dakwaan sedemikian hingga tersasar menjadi pautan CNN kononnya ingin menjatuhkan DS Anwar dengan cara mempengaruhi dunia DS Anwar terlibat dalam aktiviti antarabangsa hingga dikaitkan dengan sumbangan kewangan dari Arab Saudi pada PRU 13. Dakwaan Pakatan Pembangkang itu tidak lain hanyalah untuk melaga-lagakan hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi yang terjalin erat.

CNN adalah agensi berita antarabangsa yang concern tentang aktiviti keganasan sentiasa melapurkan hal ehwal keganasan dari sumber-sumber perisikan dan maklumat global tentang aktiviti kumpulan al Qaeda, Taliban dan lain-lain yang terkait rapat dengan gerakan Islam. 

Walau bagaimana pun tidak dinafikan bahawa Bahagian Keselamatan negara memantau kegiatan itu samada diluar dan didalam negara agar  Malaysia terselamat dari ancaman tersebut.

Jika DS Anwar nama disebut dalam berita CNN itu, bermakna hanyalah satu syak dari badan pengawas   anti keganasan antarabangsa dan tidak ada kaitan dengan dakwaan Perdana Menteri Malaysia. Adalah terlalu 'dungu' seorang PM bercakap atau mendakwa perkara-perkara yang tidak pasti kerana beliau mempunyai sumber maklumat yang jelas dari berbagai pihak.

Lim Kit Siang begitu ghairah memainkan isu ini kononnya PM Najib tidak memberi apa-apa komen tentang dakwaan CNN itu. Dipercayai PM Najib tidak akan memberikan komen kerana perkara itu diluar pengetahuannya dan tiada kaitan dengan dakwaan tersebut. Melainkan isu itu hanya dicilup oleh Pakatan pembangkang bagi mengalih pandangan mereka gagal dalam banyak hal terutama isu-isu bersangkut dengan peribadi penasihat PKR itu.

DiMalaysia ada dua alQaeda yang ditakuti oleh DS Anwar.  Haah... ada alQaeda juga disini?.  Ya..Ya.. ada. Kumpulan yang dimana  dan dimana mereka bergerak?.  Ya.. mereka bergerak diibu kota Kuala Lumpur !.  Siapa?.  Ummi Hafilda dan  Saiful  kah..kah..kah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan