Ilham Centre (2006) Firma penyelidikan bebas telah membuat kajian kecenderungan pengundi di N.05 Tenang, Johor, ekstensif sekitar 26 – 28 Januari 2011 di 10 dari 13 lokasi daerah mengundi dengan kutipan data respon 549 sampel pengundi berdaftar semua kaum diDUN itu.
Dapatan trend sokongan kepada BN 73.1 persen Melayu, 48.6 peratus China, 50 peratus India serta lain-lain kaum 75%. Majoriti BN sekitar 3000 undi. Pengundi memilih berdasarkan organisasi parti politik sekitar 62.5 % manakala factor calon sekitar 37.5 persen.
Ref : PRK N.05 BUN Tenang.
CATATAN PINGGIR
Enteri ini pula saya meperluaskankan skop pandangan Ilham Centre bahawa 62.5% memilih atas dasar keyakinan mereka kepada organisasi parti politik dan 37.5 memilih parti berdasarkan calon. Ini bermakna sebahagian besar memilih dasar-dasar perjuangan parti, perlaksanaan dasar-dasar dan menunaikan janji pilihan raya serta berbagai lagi.
Sejak merdeka, indoktrinasi UMNO dan komponen BN adalah kepada rakyat adalah dasar perjuangan parti bahawa rakyat mesti diutamakan. Selagi dasar perjuangan parti menitik beratkan kepentingan rakyat ia kekal dan relevan dengan kehendak rakyat.
Sekuat mana, atau sehebat mana calon jika perjuangan partinya tidak mengutamakan rakyat, atau merumuskan serta melaksanakan kepentingan rakyat calon itu akan ditolak dengan cepat dan bersifat sementara.
Indoktrinasi terhadap calon ini adalah satu amalan dan penilaian parti pembangkang sejak dahulu lagi. Mereka lebih kepada memuja pemimpin dari keperluan terhadap dasar. Jika kita lihat hingga sekarang mereka tetap mempertahankan pemimpin itu lebih penting dari dasar. Mengapa kita kata begitu?. kerana mereka kurang menonjolkan apakah dasar perjuangan mereka dalam gerakan mereka sehari-hari.
Mengapa mereka utamakan pemimpin dari dasar?. Pertama, mereka kurang arif dalam perancangan dasar-dasar pembangunan rakyat. Kedua, mereka tidak boleh mengutamakan dasar perjuangan kerana mereka terkongkong oleh dasar yang berbeza ketiga-tiga parti duduk dalam satu bakul pakatan. Mereka ada buku jingga ?. Buku Jingga hanyalah satu kritikan kepada kerajaan, bukan satu dasar yang dimahukan oleh rakyat.
Tidak ada idea baru dalam buku Jingga melainkan apa dilaksanakan oleh pemerintah.
Penekanan kepada kelebihan calon agak bahaya kerana setiap orang sedar sebagai manusia tidak dapat elak melakukan kesilapan. Selagi nama manusia ada dibekalkan oleh Tuhan kekuatan dan kelemahan. Tiada yang perfect. Mustahil tiada kelemahan dan mustahil tidak silap. Barang diingat juga bahawa manusia bukan malaikat. Bersih seperti kain putih.
Lihat sahaja setiap pilihan raya, sering dalam kempen terbongkar kelemahan, kesilapan dan sebagainya. Tetapi ia memberi kesan yang sedikit sahaja kepada undi. Namun demikian jika satu pihak sahaja membongkar kelemahan, jika tidak diserang balas maka perkiraan terhadap perubahan undi menjadi besar, silap-silap kalah.
Parti-parti politik yang menentang pemerintahan berusaha sedaya upaya untuk memenangi pilihan raya tidak kira umum atau kecil. Mereka akan melihat peribadi calon sebagai fokus mereka. Mereka akan meneliti sebersih-bersih calon utuk dipertandingkan. supaya mereka senang untuk mengadakan strategi penyerangan peribadi calon pemerintah dengan mengorek, mendedah dan mengeksploitasi kelemahan peribadi lawan.
PRU 12, mereka bertahun lebih awal memusnahkan kredibiliti pemerintah samada kepimpinan dan dasar kerajaan melalui ceramah dan laman sosial, talipon mudah alih dan sebagainya. Mereka berjaya kerana tidak ada serangan balas dari jentera pemerintah. Berdasarkan itulah maka lahir jentera yang sama menyeimbangkan serangan, dan kelihatan mereka kembali keposisi asal ia itu lemah.
BN harus kembali kepada konsep asal perjuangan bahawa dasar perjuangan diutamakan dan jangan terikut-ikut rentak parti pembangkang melihat personaliti calon. Bukan ia tidak penting tetapi tidak menjadi keutamaan. Indoktrinasi pengisian dan matlamat perjuangan wajar diperbesarkan semua agar fokus kepada calon berkurangan.
Jika organisasi itu kuat, diyakini dan sentiasa menjadi pilihan nombor wahid rakyat tidak bermasalah dalam meletakan siapa juga calon. Sebab itulah satu ketika, timbul istilah 'letak songkok pun menang'. Apa sebabnya? Tidak lain parti pada ketika itu berada ditahap atas 90 kepercayaan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan