Disember 04, 2010

XENOCENTRISM- PEMIMPIN CELAKA !



budaya ini juga berkembang dikota-kota raya diMalaysia

Dalam mengikuti perkembangan politik samada memerhati, menganalisis serta membuat keputusan sokongan, eluk juga sekiranya kita mengetahui sedikit sebanyak konsep-konsep sosiologi yang membincangkan tentang sikap atau pemikiran seseorang individu mengenai budayanya sendiri serta masyarakat lain.
Pertama,  kita teliti apa makna Etnosentrik ( Etnocentrism). William G.Sumner ( Landis 1992)  antara lain beliau berpandangan bahawa budaya masyarakat sendiri lebih baik dari budaya masyarakat lain. Lantaran itu, orang yang bersikap bengini boleh menyebabkan timbulnya perasaan mengagung-agungkan  budayanya sendiri dan memandang rendah kepada budaya masyarakat lain.
Kedua, Yang menjadi fokus saya hari ini adalah Xenosentrik ( xenocentrism). Konsep ini  berlawan dengan Etnosentrism dimana seseorang itu melihat bahawa budaya masyarakat luar samada berbentuk kebendaan mahu pun bukan kebendaan adalah lebih baik berbanding dengan budaya masyarakatnya sendiri.
Individu yang mempunyai pandangan seperti ini akan memandang rendah kepada budaya masyarakatnya sendiri, dan sangat menyanjung budaya masyarakat lain.
Apa pula kena mengena dengan reality kita hari ini dengan dua konsep diatas?. Apa yang ingin nyatakan inilah penekanan PM Najib bahawa pembesaran golongan serdahana itu supaya kita dapat berfikir secara waras dan matang.
Kita harus memilih jalan tengah dari kedua-dua konsep tersebut. Menghargai budaya sendiri dalam masa yang sama mengharagai budaya orang lain. Sebaik-baiknya kita berkongsi budaya yang baik dikalangan semua masyarakat.
Ada pemimpin kita yang suka merendahkan budaya kaum sendiri macam mana?. Itu fasallah saya buka tajuk ini. Pemimpin sedemikian adalah kelas xenosentrik. Ia suka menghina, merendahkan budaya bangsanya sendiri. Kalau dia terus memimpin akan sangat buruk padahnya kepada bangsanya sendiri.
Tidak hairan pemimpin sedemikian juga akan menolak semua konsep dan membina konsep tersendiri. Jika dia memandang rendah pada budayanya sendiri, tidak mustahil pula dia akan memandang rendah kepada budaya masyarakat lain.  Pemimpin itu pula akan meminta supaya budaya masyarakat yang ada memandang tinggi amalan budaya yang dibawanya.
Budaya pemimpin itu apa pula? Emmm..... buntutism .. kah..kah..kah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan