UMMI HAFIDA ALI- yang menyeru saudara kandung lelakinya, dan sekongkolnya supaya kembali kepangkal jalan bagi mengelak 'bencana' Tuhan kerana hidup dalam kepalsuan, hipokrit dan menipu rakyat.
Ummi yang tahu benar-benar dengan keluarga saudara kandungnya itu pernah berkerja sama dengan Tun Dr. Mahathir sekitar 1997-1998 akan terus berjuang menegakan kebenaran kerana kasihkan bangsa, agama dan negara.
Tidak ada orang yang paling layak selain dari Ummi Hafilda dan Datuk Nala Karupan, Senator Ezam Mohd Noor dan rakan terdekat yang lain untuk mendedahkan urusan belakang tabir tokoh-tokoh itu kepada rakyat untuk diketahui apakah sebenarnya berlaku.
Rakyat akan membuat pertimbangan dalam menentukan masa hadapan negara, seseorang tokoh dan kepimpinan parti politik itu tidak sahaja tergantung kepada presentasinya dikhalayak malah perlakuan mereka dibelakang tabir juga harus telus kerana pemimpin adalah milik rakyat dan asset kepada negara.
Pemimpin adalah 'hati' kepada negara. Jika rosak hati maka rosaklah seluruh tubuh. Dengan itu rakyat mahu mendengar sendiri Ummi Hafilda melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu.
Dipercayai penganjur SSDE akan mengundang Ummi kesiri ceramahnya yang sentiasa hidup dan bertenaga diSelangor. Negeri-negeri lain juga ternanti-nanti Ummi dan rakan-rakannya turun memberikan penerangan secara tertutup dan terbuka.
Sumbangan Ummi sangat dihargai oleh bangsa,agama dan negara. Ummi adalah wanita besi yang jiwanya teguh patut dicontohi oleh golongan wanita UMNO bahawa 'bangsa dan agama serta tanah iar' melebih segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan