Presisen MCA masih lagi setiap kali membuat kenyataan media dengan sinis, tidak puas hati dan suara-suara yang tidak senada dengan semangat BN. Ini termasuklah istilah ketuanan melayu, big brother, pendatang, penumpang, terhutang budi, kurang patriotik dan sebagainya.
Dia juga mendakwa bahawa semua dasar-dasar kerajaan Persekutuan dibuat diPerhimpunan Agung UMNO dengan mengambil kira 'ucapan dasar presiden'. Kemudian ucapan dasar itu dibahaskan oleh wakil-wakil negeri serta digulung pada detik penggulungan oleh presiden sendiri.
Ucapan dasar, perbahasan dan penggulungan itu bukan bermakna 'membuat dasar'. Segala pandangan itu dibawa balik oleh Perdana Menteri serta menteri-menteri UMNO kedalam kerajaan. UMNO adalah parti politik, bukan kerajaan. Kerajaanlah yang merumuskan segala input dengan mengambil kira kepentingan rakyat seluruhnya dan terbentuk satu rangka dasar langsung dibawa kekabinet untuk kelulusan.
Jangan lupa bahawa satu lagi suara yang diambil kira dalam membuat dasar adalah suara dari Dewan Rakyat, suara-suara dari Dewan Undangan Negeri dan suara-suara rakyat melalui berbagai-bagai forum dan usul.
Suara dari parti-parti komponen BN, ahli-ahli akademik, juga pelbagai Jabatan termasuk Kementerian-kementerian dan Unit Perancangan Ekonomi sebelum diurmuskan dibawa kekabinet.
Jangan ingat apa yang dibahaskan didalam perhimpunan Agung semua diterima oleh kerajaan. Setiap tahun perwakilan UMNO sentiasa menjerit bahawa bayak perkara tidak memuaskan hati apa yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kalau semua apa yang UMNO kemukakan diterima, tidak perlulah setiap tahun perwakilan bercakap bagaikan taufan dewan merdeka.
Presiden MCA itu ada pengalaman lama dalam kabinet bukan tidak tahu bahawa dasar-dasar diputuskan oleh kabinet. Jangan jadi DS Anwar Ibrahim, semasa dalam kabinet semua baik, terkehadapan, bijak dan adil. Bila diluar, semua tidak baik, terkebelakang, dungu dan zalim.
Dalam mana-mana sudut dunia sekali pun mesti ada peneraju. Segala keputusan akhir adalah 'kata putus' peneraju. Sistem Raja mutlak keputusan pada akhir oleh raja. Sistem Republik oleh Presiden. Dalam sistem politik Malaysia peneraju adalah Perdana Menteri dengan persetujuan KDYMM Agung.
Jangan dipeningkan soal-soal abstrak ketuanan melayu. Banyak pihak telah menerangkannya. Ketuanan melayu itu lebih menjurus konsep raja berpelembagaan'. Jangan terperangkap dengan individu yang cuba mengalih pandangan rakyat dari isu-isu peribadinya serta ingin merakyatkan nepotismanya. Mahukah rakyat Malaysia bertuankan nepotisma yang telah dirakyatkan ?.
Cukup, ini malam minggu. Nanti kita bicara soal lain termasuk big brother dan lain-lain yang menjadi kepala Presiden itu nampak pusing. Titik.
Terus baca KLIK SINI HousePk
Terus baca KLIK SINI HousePk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan