YB. Senator Mohd Ezam Mohd Noor, Ahli Dewan Negara dan Bekas Setiausaha Politik DS Anwar Ibrahim mencabar DS Anwar, Samsidar dan Azmin Ali supaya menjelaskan dirian sebenar kenyataan bekas rakan karib DS Anwar Datuk S.Nallakaruppan mengenai 'hubungannya' dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Samsidar Taharin. Cabaran itu dibuat dalam ceramahnya anjuran SSDE diBangi Kemarin malam.( uMALonLINE, DEC13,2010:POL)
CATATAN PINGGIR
Memang benar, DS Anwar, Samsidar dan Azmin patut respon atas apa yang dinyatakan oleh Senator M.Ezam dan Datuk S.Nallakaruppan itu. Jika tidak responsif secara terbuka ia akan menguku didalam pemikiran rakyat bahawa 'ada barang blue' antara mereka. Lantas ia menjadi satu persepsi umum.
Walaupun Datuk S.Nallakaruppan secara sinis tetapi rakyat telah berkotak dalam pemikirannya. Akhirnya diyakini Datuk S. Nallakaruppan tidak berbohong dalam hal ini kerana dia telah mengulanginya kerap-kali hingga popularitinya lebih hebat dari Mawi kebelakang ini. Jika Datuk Nalla tidak benar ia boleh disaman kerana DS Anwar, Samsidar dan Azmin terjejas teruk imejya dimata rakyat. Ia boleh mengurangkan 'nilai' untuk jadi PM andainya benar-benar Pakatan Pembangkang memenangi PRU 13.
Jika tidak dijelas atau diambil tindakan undang-undang Datuk Nalla akan terus membuka segala 'aksi belakang tabir' mereka kepada rakyat sedikit demi sedikit melalui berbagai-bagai kaedah komunikasi massa. Kenyataan Datuk Nalla sering mendapat perhatian dan jadi buah mulut hingga kekebun belakang.
Situasi ini semua orang tahu Datuk Nalla rapat dengan DS Anwar dan Samsidar-Azmin kerana sebelum ini Datuk Nalla sering mendakwa bahawa dia adalah 'katalis' kepada hal mereka berdua. Ini disahkan oleh bayangan Ummi Hafilda dalam kenyataan akhbarnya dilaman Utusan Malaysia semalam.
Jika tidak dijelas keyakinan rakyat semakin menebal dan menghilangkan kredibiliti DS Anwar selaku 'de Facto' Pakatan Pembangkang. Berdasarkan itulah Senator Ezam mencabar mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk S.Nallakaruppan jika Nalla mengebom yang bukan-bukan.
Sebagaimana apa yang saya katakan sebelum ini, rakyat bukan sahaja menilai kepimpinan seseorang tokoh itu bersandar kepada apa yang dilihat secara umum tetapi hal-hal peribadi juga mereka ingin tahu dan telus. Mengapa begitu?. Jawapannya mudah. Pemimpin adalah milik rakyat dan aset negara. Nilai asset tersebut bergantung kepada konten luar dan dalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan