Disember 07, 2010

TIDAK CUKUP APA LAGI SAMPAI MELACUR – MENTERI PT


lakun-layar dua artis hanya hiasan



Reaksi kepada ketua Wanita Upko Dr. Jaina Sintian dan  Ketua Wanita Kalabakan Sabah, Datuk Hamisa Samat, Datuk Mohamad Khalid Nordin Menteri Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Polis untuk membuat siasatan segelintir pelajar yang melacur.
Bagi meringan beban pelajar kerajaan telah memberikan subsidi 90 peratus sepanjang tiga tahun pengajian dan melibatkan RM9000 hingga 10,000  bagi setiap pelajar.
PTPTN memberi pinjaman RM4000 hingga 5000 bagi satu semester. Ia dipotong separuh sebagai yuran pengajian. Bakinya setiap bulan RM600 – 700 adalah duit poket pelajar " Tak cukup apa lagi" kata DS Khalid.(UMal Dev7,2010: 11)


CATATAN PINGGIR
Jika RM600 – 700 sebulan, belanja sehari antara RM20 – 23. Sebagai seorang pelajar ia sudah mencukupi walau pun tidak mewah.  Kita insaflah bahawa kita orang susah, tidak boleh mengikut jejak anak orang berada.
Jika diikutkan perasan tidak cukup, seguni sehari pun tidak cukup. Memang, wang tanyalah setiap orang, mereka akan kata tidak pernah cukup. Ada orang sudah kaya sampai ratusan juta malah billion pun tidak cukup juga. Mereka bukan lapar makan tetapi mereka lapar angka!.
Mereka mati kerana lapar angka dan hanya akan kenyang bila perut dimasuki tanah  kah..kah..kah..
Jadi kalau itu kedudukannya, tidak timbul alasan melacur untuk biaya pengajian. Mereka itu dikelaskan sebagai pelajar nakal dan liar. Patutlah jika IPT mengambil tindakan tegas tanpa pilih bulu. Nanti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sekarang ini ada segelintir orang, pasang mata dan telinga kemudian luah dipentas "lihat...kerajaan zalim...pelajar-pelajar melacuuur kerna tidak ada bantuang... (sengau sedikit). Kalau Pakatan memerintah sudara-sudari belajar free... biasiswa  bukan pinjaman... duit poket RM10,000 sebulang....dengan itu kita haruuus pinggirkan kerajaan zalim, rasuah, kroni, nepotism". Kah..kah..kah..
Lepas itu ramai percaya, PRU balik kampung bagi tahu ibu bapa supaya undi pembangkang. Bila beberapa negeri kalah, balik kampung lihat air bersih dalam gelas seperti warna tea tarik. Bukit bukau habis gondol,  negeri jadi berlubang-lubang kerana pasir dijual keSingapura.
Ada yang balik kampung terperangkap dengan musim banjir, terpaksa berlapar bantuan negeri pilih orang. Sampai bantuan kerajaan pusat baru sedar, oh..silap besar suruh ibu bapa undi Pakatan. Bantuan pun mereka berpakat sama depa.. kah..kah..kah..
Rumusnya, jagalah baik-baik nama IPT tempat kita belajar kerana kita akan bangga sampai kemati dengan tempat kita mengaji tinggi itu. Percayalah.


3 ulasan:

  1. Semua cukup bro...tapi mulut bawah tak kenyang..nak kena isi jugak. hee hee..ini sebenarnya soal imam la yer. Sbb tu ada yang pakai kopiah siang malan tiba tiba ada anak pinggir pulak.. haa haa.

    anak orang PAS pun ada yang macam ni.. mungkin tarbiah agama masih kurang kot. atau kita suruh nik aziz buat sembahnyang hajat minta jauh segala perkara mungkar... rasa rasa boleh jalaannnn

    BalasPadam
  2. KALAU ADA YANG MENGATA KERAJAAN TAK BETUL LAGI, MEMANG SIAL LAH ORANG ITU.

    ORANG MACAM NI, TANGKAP DAN BUANG KE INDONESIA , BIAR MEREKA LIHAT SENDIRI BETAPA MEREMPAT NYA WARGA SANA NAK CARI SESUAP NASI..APATAH LAGI UNTUK BELAJAR,

    NUAR JANGAN NAK BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA

    KALAU TAK NAK KENA BUANG , JOM IKUT AKU KE INDONESIA UNTUK BUKTIKAN BETAPA BERTUAHNYA KITA JADI WARGA MALAYSIA

    SEDAR DIRI WAHAI PELAJAR

    BalasPadam
  3. Inilah golongan yang menjahanamkan institusi pendidikan tinggi dengan tindakkan tidak bermaruahnya.Kebanyakkan mahasiswa bukan tidak cukup bantuan PTPTN tapi lihat sahajalah dari talipon bimbitnya hingga ke laptopnya hingga ke kenderaan ke kampusnya mengalahkan orang yang telah bekerja itu sebab tak cukup tu...inilah bahananya subsidi, semuanya senang dapat jadi mereka tidak berkira untuk membelanjakan apa yang ada.

    BalasPadam