Disember 08, 2010

JANGAN DERHAKA !! - TITAH KERAS TUANKU




Para blogger pro ‘Ketuanan Melayu’ rata-rata menjunjung kasih dan sembah sukacita kepada KDYMM Sri Paduka Baginda Yang Di PERTUAN Agung atas titah baginda supaya pertahankan semangat perpaduan rakyat rakyat Malaysia.
DiSelangor  beberapa hari yang lepas KDYMM Sultan Selangor bertitah supaya semua pihak jangan cuit hak ketuanan melayu.

KDYMM Sultan Johor lagi hebat titah supaya ketuanan Melayu ditukar kepada 'Kedaulatan Melayu'. Satu kenyataan yang ditolak tidak tumbang tegak dan berakar.
Semalam, KDYMM Sultan Perak bertitah orang melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak istimewa orang melayu dinegara telah menghina dan menderhaka kepada bangsa sendiri.
KDYMM Sultan Pahang semalam juga bertitah dengan tegas hentikan pertikai hak melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.  “Semua diperuntukan dalam perlembagaan, orang melayu dan bukan melayu sudah diberi hak”. Titah TUAN KU.
Sekarang rakyat sedang tertunggu-tunggu dengan rasa penuh sukacita apa pula titah KDYMM sultan-sultan dinegeri lain termasuk Perlis, Kedah,  YDP Besar Negeri Sembilan, dan Kelantan.
Rakyat juga apa pandangan dari yang Di Pertua negeri termasuk Gabenor negeri Melaka. Patik percaya semua-negeri , KDYMM sultan negeri berkenaan akan bertitah dalam masa terdekat ini sebagai satu petunjuk bahawa  Majlis Raja-raja bersatu hati dalam mempertahankan apa yang hak.
Ini membuktikan kepada sesiapa sahaja jangan sewenang-wenangnya menderhaka kepada agama bangsa dan negara. Raja dan rakyat terpisah tidak, seperti aur dengan tebing.
Terus baca KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan