Disember 07, 2010

TENGKU RAZALEIGH MANGSA KONSPIRASI POLITIK



berasap ! meletup kelantan




Selepas Kemenangan PRK Galas yang diterajui oleh Ku Li, konspirasi untuk menjatuhkan politik Ku Li tidak berhenti digalas. Ia terus lancar tanpa menutup buku. Bagi Ku Li habis galas habislah. Tetapi orang lain tidak begitu.
Ku Li menjadi musuh utama politik Kelantan. Bukan dari UMNO-BN tetapi daripada Pakatan kerana mereka sangat dendam kepada Ku Li. Tidak ada cara lain untuk menjatuhkan Ku Li melainlan buat masa ini 'jalan itu' yang paling mudah.
Ku Li telah buat kenyataan akhbar semalam. Walau pun dia nampak tenang tetapi ada mesej besar terhadap Kelantan. Oic.. apa mesejnya?.  Saya pun tidak berani mentafsir bimbang salah lain jadinya. Apa yang saya perasan ada harimau dalam perut Ku Li. Tetapi kenyataan semalam hanya melompat seekor kucing.
Kucing?. Harimau?. Ya..ya.. kucing  dan harimau itu maksudnya Ku Li tidak menunjukan apa yang tersirat dihatinya. Sebenarnya yang tersirat itu sangat besar maknanya, yang kita belum tentu saiz berapa. Orang bijak tidak keluarkan isi hatinya seperti Presiden PKR keluarkan isi hatinya benci terhadap ketuanan orang melayu.
Habis hendak dibuat macam mana ?. Itu kena harus tanya Ku Li. Kah..kah..kah.. Kamu rasa dia hendak  buat apa?.  Saya tidak ada komen. Kalau saya kena buat, sayalah jadi Ku Li aahak..hak..hak.
Kalau kamu jadi Ku Li apa hendak dibuat jika politik jadi begitu?. Kalau saya mudah. Kamu semua mudah. Kalau mudah cakaplah. Jangan buat suspen !. Emm kalau saya ?, saya akan haruk politik Kelantan. Saya pastikan Kerajaan negeri bertukar kepihak saya.
Bila hendak dimulakan?. Emmm.. sekaranglah. Apa tunggu. Saya akan tinggalkan London 18 bulan ini dan saya kacau habis Kelantan. Syarat UMNO dibelakang saya. Saya akan habiskan segala harta yang saya ada demi maruah saya.
Issh.. kalau begitu ranaplah Pas !!. Ya..ya.. tahu tidak mengapa. Sebab selama ini Ku Li tidak usik sangat Kelantan. Kali ini biar sampai patah tengkuk bertungkat paruhlah.
Jadi kita tunggu dan lihat sahajalah perang Korea utara dengan Korea Selatan. Kita hanya pasang scud dari luar bantu Ku Li tembak jarak jauh. Kah..kah..kah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan