Disember 27, 2010

TERJONGKET – INI YANG ANWAR- NIK AZIZ DAN DAP TAKUT !!







Selepas Mei 2010, Merdeka Center sekali membuat kajian aliran sokongan terhadap kerajaan 1Malaysia  pimpinan PM Najib pada 30 November hingga 11 Disember 2010.  Ia membabitkan sampel rawak 1005 pengundi berdaftar 21 tahun keatas.

Hasilnya berikut:  merosot 3 peratus kepada 69% daripada 72 %  skor bulan Mei Lalu.  Tahap puas hati ikut komposisi kaum, Melayu 74 Persen,  India 85 persen dan China 54 persen.

Sentimen diukur terhadap ekonomi negara meningkat berbanding dengan Mei lalu. 52 % puas hati tahap pendapatan peribadi.  48 % bagi peluang pekerjaan dan 50% pula bagi peluang perniagaan. Hanya  46 % rakyat yakin terhadap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumum kerajaan September lalu.

Paling penting, 54 persen rakyat berpendapat bahawa negara telah kembali kelandasan yang betul.
(Berita Harian Dis 25, 2010 : N2)


CATATAN PINGGIR

Pertama, kemerosotan 3 peratus sokongan kerana pukulan kenaikan harga bahan bakar sekitar awal November tahun ini.

Kedua, Kaum China masih ditahap kepuasan yang rendah 54 peratus. India tertinggi dan Melayu dalam keadaan terbaik.

Ketiga,  Kepuasan terhadap pendapatan peribadi,  peluang pekerjaan dan peluang perniagaan masih diatas garis par atau dalam bahasa lain setakat 'bolehlah'.

Keempat, Keyakinan terhadap ETP 46 peratus masih dibawah par kerana beberapa sebab. Pertama mungkin tidak jelas apakah ETP itu. Kedua, mereka belum merasa impak ETP kerana pelan itu baru sahaja bermula.

Kelima,  merasakan bahawa negara telah kembali kelandasan asal yang betul 54 peratus tanda pemulihan negara yang cerah.

RUMUS

Negara benar-benar mantap darisegi politik, ekonomi dan sosial diandaikan  semua angka mencapai 70 peratus keatas. Jika satu- dua penanda aras itu menunjukan 60 peratus keatas, selebihya 70 peratus keadaan sudah berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

Halangan untuk mengembalikan kepulihan dan balik kelandasan sebenar tidak mudah. Saban hari dan saban waktu akan bertemu dengan halangan yang bergitu keras terutamanya datang dari Pakatan Pembangkang. Mereka tidak senang dengan negara ini pulang seperti puncak kemakmuran masa lampau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan