Disember 27, 2010

PUNAH RANAH – JUAL QSR BRANDS DAN KFC PENGKHIANAT



     sayang seribu kali sayang jika QSR Brands dan KFC terlepas tangan. Ia tidak akan kembali lagi.

Saya siarkan email daripada  rakan Johor minta disiarkan.

Salam, Terima kasih tuan. Perjuangan kita adalah kerana agama, bangsa dan negara bukan perjuangan membuta tuli.

Orang Johor mempunyai adat dan adab terhadap pemimpin. Kami tidak mahu menjatuhkan air muka pemimpin. Jika mereka membuat angkara kami tegur secara hemah. Tegur tetap tegur, kecuali ianya berkeras.

Dimaklumkan kepada tuan bahawa perbuatan menjual QSR Barnds dan anak-anak syarikatnya KFC Holding adalah usaha pengkhianatan kepada negeri dan rakyat Johor.

Siapa yang berkuasa dalam JCorp?.  Setahu kami CEO hanyalah menjalan tugas dan tanggung jawab to run the show. Direksi masih lagi pada 'mr.chairman'.

Kami bersetuju pakar ekonomi Dr. Hamzaid Yahya memang ada haprak politik yang mempolitikan hal ini kerana mahu melihat  Menteri Besar selepas MB Zapin dan keroncong itu, akan lebih menderita untuk memulihkan ekonomi Johor yang kosong dan melepek lagi tidak bermaya. Perbuatan ini kami anggap sabotaj terhadap orang yang terkemudian.

Kami berharap EGM menyingkir Tan Sri Muhamad Ali 27hb.Januari 2011 akan datang tidak menjadi kenyataan kerana isu ini dipercayai sudah gempar dan diketahui oleh rakyat prihatin seluruh negara.

Oleh itu, kami dengan rasa rendah diri merayu kepaga YAB Perdana Menteri Malaysia agar mengambil perhatian dan campur tangan isu penjualan QSR Brands dan KFC Holding moga dapat diselamatkan. Dengarilah dengan adil berbagai pihak kerana masing-masing punya alasan tersendiri walau pun ada nampak baik disebalik agenda tersembunyi.

Jika tidak dapat diselesaikan maka sedikit sebanyak akan menghakis keyakinan rakyat negeri Johor dan terbekal didalam pemikiran bahawa politik 'bersih' itu hanyalah satu yang tidak berisi. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan