Perlantikan Tan Sri Mohd.Isa Samad Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Pengerusi Felda siang tadi adalah satu pilihan PM Najib yang sangat tepat.
Tan Sri Isa yang tergelincir kerana 'inaya' tuduhan politik wang sebagai Naib Presiden nombor 1 tahun 2004, telah menapak semula dengan kemenangan besar PRK DUN Sungai Pinang tahun lalu. Kini naik setangga lagi sebagai Pengerusi Felda I Januari, 2011 menggantikan Tan Sri Datuk Dr.Yusuf Noor yang memegang jawatan itu sejak tahun 1991.
PM Najib tidak mempersia-siakan semua potensi pemimpin UMNO untuk membantu tugas beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memakmurkan negara.
Rakyat penuh yakin bahawa Tan Sri Isa akan berkerja keras bagi membasmi gerakan 'subersif' yang berniat untuk menghuru harakan masyarakat peneroka Felda dengan pelbagai gaya .
Dalam kenyataannya diberita TV3, beliau agak tenang dan penuh syukur diatas kepercayaan PM Najib dan sudah tentu berkata-kata didalam hatinya " I 'm coming back ".
Tahniah Tan Sri, kali ini jangan terpijak perangkap kulit pisang lagi..kah..kah..kah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan